BE International Cipta Rekod Baharu Malaysia dalam Industri Kesihatan dan Kesejahteraan 

Kesihatan yang baik bukan hanya satu impian, tetapi merupakan satu pilihan setiap hari.

Lebih 3,600 pakar kesihatan dari Malaysia, Singapura, Brunei, Hong Kong dan Indonesia menghadiri Sesi Perkongsian Kesihatan BE (BEHS) untuk mempelajari, menerokai dan mengalami hal-hal berkaitan kesihatan dan kesejahteraan. Acara ini mencipta sejarah apabila BE International menerima pengiktirafan dari Malaysia Book of Records bagi kategori Penglibatan Terbesar dalam Acara Seminar Kesejahteraan Kesihatan. 

Ini turut membuktikan bahawa semakin ramai masyarakat percaya betapa pentingnya penjagaan kesihatan dan memilih untuk menyertai komuniti yang berkongsi matlamat yang sama.

Menyemai Kesedaran, Menginspirasikan Kehidupan Lebih Sihat

BEHS dianjurkan bagi memperkasakan masyarakat dengan pendedahan tentang kepentingan penjagaan kesihatan secara menyeluruh melalui perkongsian ilmu, inovasi dan pengalaman. Setiap peserta berpeluang mengambil bahagian dalam pelbagai sesi perkongsian sepanjang acara berlangsung. Beberapa topik menarik dibincangkan, seperti:

  • Perbandingan produk dan solusi kesihatan untuk membuat pilihan yang tepat bagi gaya hidup yang sihat. 
  • Hubungan antara kesihatan usus dan kesihatan kulit (Gut-Skin Axis). 
  • Memahami fenomena Healing Crisis dan bagaimana tubuh bertindak balas semasa proses pemulihan. 

Kesihatan yang Membuka Peluang

Sambutan luar biasa yang diterima Sesi Perkongsian Kesihatan BE mencerminkan peningkatan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan penjagaan kesihatan. Semakin ramai kini mengamalkan penjagaan kesihatan sebagai pencegahan dan memilih solusi kesihatan yang dipercayai, menjadikan sektor kesihatan dan kesejahteraan antara industri yang paling berpotensi pada masa kini.

Perkembangan ini bukan sahaja memberi manfaat kepada mereka yang ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat, malah membuka peluang kepada individu yang bercita-cita membina perniagaan yang mampu memberi impak positif kepada masyarakat. Melalui produk yang inovatif, platform perniagaan yang mantap serta komuniti yang sentiasa saling menyokong, BE International membantu anda merebut peluang ini dengan lebih yakin.

Produk Bertaraf Anugerah, Disokong oleh Inovasi

Antara tarikan utama Sesi Perkongsian Kesihatan BE ialah peluang untuk peserta mengenali rangkaian produk BElixz yang telah memenangi pelbagai anugerah. Pengiktirafan ini mencerminkan komitmen BE International dalam menghasilkan penyelesaian kesihatan berkualiti tinggi yang disokong oleh inovasi saintifik. 

Komitmen terhadap kecemerlangan ini terus terbukti apabila BElixz SHIRUTO, BElixz LIVCORE, dan BElixz I-VXION menerima pengiktirafan di Functional Foods for Wellness Industry Awards 2026. Pengiktirafan ini mencerminkan usaha berterusan BE International dalam membangunkan produk kesihatan yang bukan sahaja berkualiti tinggi, malah relevan dengan keperluan pengguna masa kini. 

Apabila sesuatu produk disokong oleh penyelidikan saintifik serta diiktiraf oleh industri, keyakinan pengguna turut meningkat. Inilah asas yang membantu meningkatkan keyakinan pelanggan sejurus menggalakkan pembelian berulang dan menyokong pertumbuhan perniagaan yang mampan. 

Jenama Pilihan yang Terus Melakar Pencapaian

Kejayaan dibina melalui kepercayaan, dan kepercayaan tidak dibina dalam sehari. 

BE International terus membuktikan keupayaannya menghimpunkan masyarakat melalui pelbagai program berskala besar. Bermula dengan lebih 6,000 peserta menghadiri BE Business Owner Seminar (BOS), yang kemudiannya memperolehi pengiktirafan Malaysia Book of Records bagi kategori Kem Motivasi Keusahawanan Terbesar di Malaysia, dan kini mendapat satu lagi rekod menerusi Sesi Perkongsian Kesihatan BE. 

Pencapaian ini menunjukkan bahawa orang ramai semakin mempercayai produk, sistem dan peluang ditawarkan oleh BE International. 

Platform Perniagaan yang Menyokong Pertumbuhan Perniagaan 

Permintaan terhadap produk kesihatan dan kesejahteraan yang meningkat telah membuka pelbagai peluang. Namun, sesebuah kejayaan juga bergantung kepada platform yang tepat. 

Dengan modal permulaan serendah RM60  (atau SG$20 / BN$20 / HK$100 / Rp200,000), anda boleh mengembangkan perniagaan anda ke lima negara; Malaysia, Singapore, Brunei, Hong Kong dan Indonesia dengan memanfaatkan platform “One World, One System”. Melalui sistem BE mengendalikan semuanya, anda tidak perlu memikirkan hal pengurusan stok atau penghantaran.

Malahan anda boleh memberi tumpuan kepada membina hubungan pelanggan dan mengembangkan perniagaan secara yakin dengan bantuan pelan pemasaran yang praktikal, latihan berstruktur serta bimbingan daripada mentor berpengalaman. 

Pendapatan Bertambah, Kehidupan Lebih Bermakna

Membangunkan perniagaan bersama  BE membolehkan anda menikmati kehidupan yang lebih bebas, fleksibel dan bermakna. 

IBO layak untuk menerima pengiktirafan kepimpinan dan penghargaan bagi usaha dan pencapaian mereka melalui BE 9 Manfaat. Insentif ini termasuk Dana Kereta, Dana Rumah, dan pengalaman eksklusif BE Lifestyle Travel

Seiring dengan perkembangan perniagaan anda, lebih banyak peluang terbuka untuk menikmati kebebasan kewangan, membangunkan potensi diri dan menjalani kehidupan yang lebih fleksibel. 

Bersama BE ke Arah Kehidupan yang Lebih Sihat

Menurut Global Wellness Institute, ekonomi kesejahteraan global telah mencapai nilai sebanyak US$6.8 trilion dan dijangka akan terus meningkat kepada US$9.8 trilion menjelang tahun 2029. Industri kesihatan dan kesejahteraan bukan sekadar paradigma, sebaliknya ia adalah antara sektor yang berkembang pesat di seluruh dunia. 

Sama ada anda ingin hidup lebih sihat atau membina perniagaan dalam jangka panjang, inilah masa yang sesuai untuk bermula.

BE International menyediakan platform untuk anda berkembang dengan lebih yakin bersama produk bertaraf pemenang anugerah, sistem perniagaan yang diyakini, bimbingan daripada mentor berpengalaman dan insentif gaya hidup yang eksklusif. 

Adakah anda sudah bersedia untuk memulakan perjalanan anda bersama BE? Hubungi kami sekarang dan terokai bagaimana BE meningkatkan kesihatan, memberi peluang besar, dan masa depan yang lebih cerah. 

Sihat bersama BE. Kuat bersama BE. Cipta Sejarah bersama BE.