Kebanyakan ganjaran dalam hidup hanya meraikan satu detik sahaja. Bonus kerana mencapai sasaran. Trofi kerana memenangi perlawanan. Sijil kerana menamatkan kursus.
Namun, bagaimana jika sesuatu ganjaran itu hanya boleh menjadi milik anda selepas anda membuktikan kemampuan diri malah bukan sekali, bukan dua kali, tetapi merentasi setiap fasa pencapaian dalam perniagaan?
Itulah sebenarnya yang dilambangkan oleh Dana Rumah BE International.
Dalam Pelan Pemasaran Bonus Berganda kami, IBO diperkasakan melalui 9 Manfaat yang merangkumi keseluruhan spektrum pertumbuhan termasuk kewangan, peribadi dan gaya hidup. Manfaat ini termasuk:
Pertumbuhan Kewangan: Melalui Bonus Prestasi, Kepimpinan dan Ambassador.
Pertumbuhan Peribadi: Insentif yang menyokong keusahawanan dan pembangunan diri jangka panjang.
Ganjaran Gaya Hidup: Dana khas yang mengubah pencapaian perniagaan menjadi ganjaran nyata yang mengubah hidup.
Antara yang paling bermakna daripada 9 Manfaat ini ialah Dana Rumah, ganjaran yang jauh melangkaui sekadar empat dinding dan sebidang bumbung. Ia adalah satu pengisytiharan bahawa kehidupan yang anda bina selama ini adalah nyata, dan ia adalah milik anda sepenuhnya.

Lebih Daripada Sekadar Pinjaman Perumahan: Penjelasan Mengenai Dana Rumah
Dana Rumah BE International ialah program insentif berasaskan prestasi yang dikhususkan untuk IBO yang telah mencapai kemuncak kepimpinan tertinggi dalam rangkaian. Dan perkataan “dikhususkan” adalah penting di sini kerana ini bukanlah ganjaran yang boleh dicapai melalui jalan pintas, terburu-buru, atau diperoleh secara kebetulan.
Untuk layak menerima Dana Rumah, anda mestilah telah memenuhi kriteria bagi manfaat-manfaat yang mendahuluinya. Ini bermakna setiap Bonus Kepimpinan yang dicapai, setiap fasa pencapaian Ambassador yang dilepasi, dan setiap ganjaran lain dalam pelan telah pun dikecapi. Dana Rumah berada di kedudukan teratas daripada 9 Manfaat atas sebab yang jelas. Ia adalah garisan penamat yang hanya boleh dilepasi oleh mereka yang telah menamatkan keseluruhan perlumbaan.
Sebaik sahaja anda layak, dana ini akan dibayar terus kepada anda. Sama ada ia digunakan untuk membayar wang pendahuluan hartanah pertama anda, mengurangkan baki pinjaman perumahan sedia ada, atau memiliki sebuah rumah yang mencerminkan impian kehidupan yang telah anda bina, fleksibiliti sepenuhnya di tangan anda. Namun, apa yang tidak pernah berubah adalah makna sebenar di sebalik dana ini: anda bukan sekadar berjaya dalam satu perkara. Anda telah berjaya dalam segala-galanya.
Ia bukan sekadar ganjaran gaya hidup. Ia adalah bukti nyata yang melambangkan keseluruhan perjalanan anda.
Suara di Sebalik Visi

“Apabila kami mula-mula menyertai BE International, matlamat kami amat mudah iaitu untuk mencapai kesihatan yang lebih baik dan memperoleh pendapatan yang stabil untuk keluarga kami. Tidak pernah terlintas di fikiran kami bahawa perjalanan ini suatu hari nanti akan membantu kami membina bukan sahaja kestabilan kewangan, malah rumah impian kami sendiri.
Dana Rumah menjadi bukti nyata bahawa perniagaan BE ini bukan sekadar tentang menjana pendapatan, tetapi ia adalah sebuah platform yang mampu mengubah impian menjadi realiti bagi mereka yang benar-benar percaya dan kekal komited. Apa yang membuatkan perjalanan ini lebih bermakna adalah kami bermula tanpa sebarang pengalaman. Namun, melalui platform yang tepat, sistem yang betul dan pendidikan yang berterusan, kami mampu mencapai sesuatu yang pernah kami anggap mustahil sebelum ini.
Ini membuktikan bahawa orang biasa dengan latar belakang yang biasa juga mampu mencapai impian yang luar biasa apabila diberikan persekitaran, bimbingan dan peluang yang tepat. Langkah demi langkah, impian demi impian, BE telah menunjukkan kepada kami bahawa kehidupan benar-benar boleh berubah jika kita berani untuk percaya dan tidak pernah berputus asa.
Kami sentiasa bersyukur kepada Pengasas yang dikasihi kerana mewujudkan sebuah perniagaan yang dibina berasaskan matlamat hidup yang sebenar, insan yang sebenar dan transformasi yang sebenar. Terima kasih kerana membantu kami mempercayai bahawa impian itu mampu dicapai dan kerana menjadikan impian kami satu realiti.”
— Royal Crown Council Ambassador (RCCA) Chris Bong

“Penuh dengan kasih sayang, gelak tawa, dan kebahagiaan. Apa yang dahulunya sekadar impian kini telah menjadi realiti, kini bukan sekadar sebuah tempat berteduh, tetapi sebuah kediaman yang hangat dan selamat yang kami banggakan.
Rumah kluster berkembar (semi-D) ini melambangkan lebih daripada sekadar kejayaan; ia mencerminkan perjalanan, kerja keras, dan keberkatan yang kami bina bersama sebagai sebuah keluarga. Setiap sudut membawa keselesaan, keselamatan, dan kenangan berharga yang terus bertambah setiap hari.
Kami amat bersyukur atas peluang dan kebebasan kewangan yang telah diberikan oleh BE International kepada kami. Ia membuka pintu untuk kami mencipta masa depan yang lebih baik, persekitaran yang selamat berkawal dan damai buat insan-insan tersayang, serta sebuah tempat di mana kebahagiaan sentiasa hidup pada setiap hari.
Daripada impian kepada realiti, rumah impian kami kini menjadi syurga abadi kami.”
— Royal Crown Council Ambassador (RCCA) Elaiyakumaran Subramaniam
Apabila Pentas Menjadi Rumah
Setiap tahun di BE The Legend Convention, kami meraikan para pencapai tertinggi kami. Dan apabila seorang penerima Dana Rumah melangkah ke pentas tersebut, suasana di dalam dewan terasa cukup berbeza.
Kerana semua orang di dalam dewan itu memahami usaha dan pengorbanan yang telah dicurahkan.
Mereka bukan melihat seseorang yang hanya cemerlang dalam satu bulan atau sekadar bernasib baik mempunyai pasukan yang kuat. Mereka sedang melihat seseorang yang membina perniagaan secara konsisten — yang meraih setiap bonus, layak untuk setiap fasa pencapaian, dan tidak pernah berhenti sehinggalah manfaat terakhir berada dalam genggaman. Tepukan gemuruh itu bukan sekadar untuk rumah tersebut. Ia adalah untuk disiplin, pengorbanan, dan kepercayaan teguh yang membuatkan individu ini terus melangkah walaupun garisan penamatnya masih jauh.
Mereka ini adalah orang biasa yang tidak bermula dengan sebarang kelebihan. Mereka bermula dengan satu keputusan. Dan mereka berpegang teguh pada keputusan itu manfaat demi manfaat, fasa pencapaian demi fasa pencapaian.
Adakah Anda Bersedia untuk Meletakkan Asas Anda?
Dana Rumah ialah matlamat utama di dalam 9 Manfaat BE International dan ini bermakna ia juga merupakan perkara yang paling berbaloi untuk diperjuangkan. Setiap langkah yang anda ambil dalam perniagaan ini, setiap manfaat yang anda capai, dan setiap pemimpin yang anda lahirkan, sedang membawa anda semakin dekat dengannya.
Ia tidak akan datang dengan mudah. Ia sememangnya tidak direka sedemikian. Dana Rumah wujud untuk memberi ganjaran kepada mereka yang benar-benar telah menguasai sistem BE, bukan sekadar mengambil bahagian di dalamnya. Namun, hal itulah yang menjadikannya amat bernilai.
Jika anda baru sahaja bermula, jadikan Dana Rumah sebagai gambaran impian di dinding anda. Dan jika anda sudah pun berada dalam perjalanan, jadikan ia sebagai alasan untuk anda enggan berhenti.
Kerana di penghujung perjalanan, bukan sekadar sekeping cek yang menanti anda. Di sana ada sebuah rumah. Dan segala apa yang dilambangkannya.
BErinspirasi. BErani. BErtaraf Global.
Adakah anda bersedia untuk meletakkan asas bagi rumah impian anda? Hubungi kami sekarang!