Pengetahuan asas BElixz

BElixz SHIRUTO

Mengapa saya harus memilih BElixz SHIRUTO?​

BElixz SHIRUTO dirumus dengan bahan aktif IP-PA1 yang sangat berkesan dan unik serta nutrien sinergi seperti Vitamin C dan beta-glukan untuk menyokong kesihatan keseluruhan.

Apakah ramuan di dalam setiap paket BElixz SHIRUTO?​

BElixz SHIRUTO bukan hanya sarat dengan IP-PA1, tetapi juga campuran proprietary nutrien berfungsi yang membantu anda menjaga kesihatan yang optimum.

Adakah BElixz SHIRUTO selamat untuk dimakan oleh vegan, vegetarian dan Muslim?​

Ya. BElixz SHIRUTO ialah makanan berfungsi 100% berasaskan tumbuhan yang disahkan HALAL oleh Nippon Asia Halal Association (NAHA) – sebuah badan perakuan Halal dari Jepun yang diiktiraf oleh JAKIM.

BElixz SHIRUTO berasal dari mana?​

BElixz SHIRUTO dihasilkan dan diimport dari Jepun, dan diiktiraf dengan 2019 Malaysia Health & Wellness Brand Award.

Pada usia berapakah seorang kanak-kanak boleh bermula mengambil BElixz SHIRUTO, dan apakah dos yang sesuai untuk mereka?​

Kanak-kanak berumur tiga tahun dan ke atas boleh bermula mengambil BElixz SHIRUTO. Dos yang disyorkan ialah satu paket sehari untuk kesejahteraan umum.

Bolehkah mereka yang alah terhadap produk gandum atau menderitai intolerans gluten mengambil BElixz SHIRUTO?​

BElixz SHIRUTO hanya mengandungi ekstrak gandum tertapai dan bahan-bahan yang lain telah diuji dan diluluskan sebagai bebas gluten. Mereka yang alah terhadap produk gandum atau mempunyai intolerans gluten boleh cuba mengambil satu paket BElixz SHIRUTO setiap hari. Sekiranya tiada reaksi yang buruk, anda secara beransur-ansur boleh meningkat kepada dos yang disyorkan.

Bolehkah pesakit barah mengambil BElixz SHIRUTO sebagai sejenis makanan berfungsi untuk menyokong kesihatan?​

Pesakit barah harus mendapatkan nasihat daripada doktor mereka sekiranya mereka mahu mengambil BElixz SHIRUTO. Ini adalah kerana bagi sebilangan rawatan barah, pesakit adalah dilarang daripada mengambil produk kesihatan atau makanan yang mengandungi antioksidan.

Dengan persetujuan doktor, BElixz SHIRUTO boleh digunakan untuk menyokong kesejahteraan umum pesakit barah.

Bolehkah BElixz SHIRUTO dimakan ketika menjalani rawatan perubatan?

Ya. Untuk hasil terbaik, anda seharusnya mengambil BElixz SHIRUTO sekurang-kurangnya DUA jam sebelum atau selepas mengambil ubat anda untuk memastikan badan anda memanfaatkan sepenuhnya BElixz SHIRUTO serta ubat anda. Adalah terbaik untuk berbincang dengan doktor anda jika anda ingin mengambil BElixz SHIRUTO bersama dengan ubat anda.

Bolehkah mereka yang menderitai G6PD mengambil BElixz SHIRUTO?

Ya, ia adalah sesuai untuk mereka yang menderitai G6PD normal kerana ia membantu menyokong badan yang lebih sihat tanpa menjejaskan gejala G6PD. Walau bagaimanapun, mereka yang mengalami G6PD serius harus berunding dengan doctor atau penyelia jagaan kesihatan untuk mengesahkan sama ada dinasihatkan untuk mengambil BElixz SHIRUTO atau tidak.

Bolehkah wanita hamil mengambil BElixz SHIRUTO?​

Ya. Anda boleh mengambil BElixz SHIRUTO untuk menyokong kesejahteraan umum anda selagi anda tidak mempunyai reaksi alergi terhadap mana-mana ramuannya.

BElixz BEFIL

Mengapakah saya harus mengambil BElixz BEFIL?​

Formulasi BElixz BEFIL direka dan dihasilkan melalui perundingan dengan Pemenang Nobel, Dr. Ferid Murad. Beliau menerima Hadiah Nobel dalam Perubatan (1998) mengenai penyelidikan mengenai oksida nitrat. Justeru, pengiktirafan ini mengiktiraf beliau sebagai pakar dalam bidang kesihatan dan perubatan ini. Dengan perundingan beliau dalam pembangunan BElixz BEFIL, ia menjadikan BElixz BEFIL lebih menonjol!

Siapakah yang boleh mendapat manfaat daripada L-Arginina?​

Hampir semua orang, tetapi paling bermanfaat untuk atlet dan peminat kecergasan; individu yang berusia, vegan dan vegetarian; dan sesiapa sahaja yang berhasrat untuk meningkatkan kesihatan keseluruhan.

Bagaimanakah tomato membantu dalam menjaga jantung yang sihat?​

Tomato mempunyai dua nutrien utama yang mempunyai kesan besar terhadap kesihatan jantung: likopena dan kalium. Likopena ialah sejenis bahan kimia yang memberikan warna merah kepada tomato di samping bertindak sebagai antioksidan yang kuat, yakni sejenis bahan yang membantu menjaga sel daripada menjadi rosak. Beberapa kajian menunjukkan bahawa likopena boleh menurunkan LDL, atau kolesterol “buruk”, dan megelakkan darah daripada membeku, yang turut menurunkan risiko strok. Kalium pula ialah sejenis mineral yang dapat membantu menurunkan tekanan darah dengan menyingkirkan sebahagian natrium daripada badan anda, dan merehatkan dinding saluran darah anda. Tomato amat menyihatkan, membantu menyumbang ke arah kesihatan jantung secara menyeluruh dengan mengekalkan sistem peredaran darah badan.

Bagaimanakah minuman kaya dengan antioksidan membantu melindungi saluran darah?​

Minuman yang kaya dengan antioksidan dapat melindungi saluran darah dan meningkatkan aliran darah. Kajian menunjukkan bahawa jus buah delima dan ubi bit mengurangkan kesan tekanan pada saluran darah manusia dengan merangsang penghasilan nitrik oksida.

Apakah faedah Koenzim Q10?​

Koenzim-Q10 adalah seperti vitamin yang terdapat di mitokondria (sel tenaga kita) dan digunakan oleh setiap sel di dalam badan. Ia antioksidan kuat yang penting untuk tenaga, fungsi otot dan pertumbuhan sel, yang melawan radikal bebas di dalam badan.

Berapa gram L-arginina terkandung di dalam satu paket BElixz BEFIL?​

Setiap paket BElixz BEFIL mengandungi 5 gram L-arginina.

Bolehkah jus ubi bit dan buah delima mempromosikan aliran darah yang sihat?​

Ubi bit mengandungi nitrat berkepekatan tinggi, yang ditukar menjadi nitrit oleh bakteria di dalam mulut. Nitrit melancarkan aliran darah yang sihat. Buah delima juga bermanfaat untuk peredaran darah kerana mengandungi tahap antioksidan dan polifenol bioaktif yang tinggi.

Adakah BElixz BEFIL sesuai untuk pesakit kencing manis?​

Ya. Mengambil dos BElixz BEFIL yang disyorkan bersama dengan diet dan gaya hidup yang sihat tidak akan memberi kesan buruk terhadap tahap gula darah pesakit diabetes.

Adakah BElixz BEFIL selamat untuk dimakan oleh vegan, vegetarian dan Muslim?​

Ya. BElixz BEFIL ialah makanan berfungsi 100% berasaskan tumbuhan yang disahkan HALAL oleh IFANCA, sebuah badan pensijilan Halal yang diiktiraf oleh JAKIM.

Adakah BElixz BEFIL sesuai untuk wanita hamil dan kanak-kanak?​

BElixz BEFIL tidak disyorkan untuk hamil wanita dan kanak-kanak kerana L-arginina yang dikandungnya mungkin meningkat tindak balas hormon pertumbuhan dan menggalakkan rembesan HGH (Hormon Pertumbuhan Manusia) dalam badan, sehingga mempengaruhi pertumbuhan kanak-kanak atau bayi yang belum lahir.

BElixz SlendezMeal

BElixz SlendezMeal sesuai untuk siapa?​

Secara amnya, semua orang boleh mendapat manfaat BElixz Slendezmeal. Walau bagaimanapun, terdapat kumpulan tertentu yang paling bermanfaat daripadanya. Ia sangat baik untuk individu yang senantiasa sibuk dan tidak mempunyai masa untuk mengambil hidangan yang betul kerana BElixz SlendezMeal bertindak sebagai pengganti makanan berkhasiat untuk mereka. Ia boleh tersedia dan dimakan dalam masa beberapa minit.

Selain itu, ia juga amat berkhasiat untuk mereka yang ingin mengekalkan berat badan yang sihat. Atlet boleh menikmati BElixz SlendezMeal untuk meningkatkan tahap tenaga dan daya tahan mereka juga!

Bagaimana saya mengambil BElixz SlendezMeal? ​

Kaedah yang kami syorkan adalah mencampurkan 1 paket BElixz SlendezMeal dengan 250ml air suam dan goncangkan di dalam sebuah penggoncang sebelum minumnya. Anda boleh menambah buah-buahan atau sayur-sayuran segar kegemaran anda bersesuaian dengan citarasa peribadi anda.

Bolehkah BElixz SlendezMeal digunakan sebagai makanan tambahan protein?​

Walaupun BElixz SlendezMeal mengandungi jumlah protein yang baik, ia tidak mempunyai kandungan yang sama dengan makanan tambahan protein yang sebenarnya. Sekiranya anda ingin mengambil BElixz SlendezMeal dan membina lebih banyak otot pada masa yang sama, anda boleh menambah serbuk protein anda sendiri untuk meningkatkan pengambilan protein anda. Ini adalah kerana BElixz SlendezMeal merupakan sejenis penggantian makanan yang seimbang di mana setiap ramuan dikira dan diedarkan secara sempurna

Bolehkah kanak-kanak dan wanita mengandung mengambil BElixz SlendezMeal? ​

Ya, semua orang boleh menikmati manfaat pemakanan seimbang dari BElixz Slendezmeal. Walau bagaimanapun, kanak-kanak dan wanita hamil memerlukan lebih banyak nutrien daripada individu yang lain untuk memastikan pertumbuhan dan perkembangan yang stabil. Oleh itu adalah disyorkan agar kanak-kanak dan ibu mengandung mengambil makanan yang betul, segar dan seimbang.

Saya mengalami intoleransi laktosa. Boleh saya mengambil BElixz SlendezMeal juga? ​

Ya. BElixz SlendezMeal tidak mengandungi sebarang komponen laktosa.

Saya seorang vegetarian/vegan, bolehkah saya mengambil BElixz SlendezMeal? ​

Ya, BElixz SlendezMeal tidak mengandungi sebarang produk daging.

Berapakah jumlah kandungan kalori di dalam sepaket BElixz SlendezMeal? ​

BElixz SlendezMeal membekalkan 133Kcal per paket.

Dari manakah BElixz SlendezMeal berasal? Adakah ia sejenis produk import? ​

BElixz SlendezMeal dihasilkan di Malaysia. Walau bagaimanapun, ramuan utamanya bersumber dari Amerika Syarikat dan Jerman.

Berapa paket terdapat di dalam sekotak BElixz SlendezMeal? ​

Setiap kotak BElixz SlendezMeal mengandungi 15 paket (40g).

Adakah BElixz SlendezMeal sesuai untuk mereka dengan asid urik tinggi atau gout? ​

BElixz SlendezMeal hanya mengandungi pelbagai biji-bijian dan kacang, dan umumnya selamat untuk mereka dengan asid urik yang tinggi atau gout. Kami mengesyorkan untuk mengambil satu paket BElixz SlendezMeal sebagai sarapan pagi yang sihat dan padat nutrien.

BElixz MAQNIFIQ

Mengapakah saya perlu mengambil BElixz MAQNIFIQ?​

Penipisan kolagen dan penuaan hormon berlaku seiring dengan peningkatan usia kita. BElixz MAQNIFIQ membantu meningkatkan dan memelihara keremajaan dengan memastikan kulit tetap tegap, licin dan berseri.

Apakah cara pengambilan BElixz MAQNIFIQ?​

Kaedah penggunaan yang kami syorkan adalah melarutkan 1 paket ke dalam 100ml air suhu bilik dan kacau sebelum minum. Untuk orang dewasa berumur 25 hingga 35 tahun, kami cadangkan untuk mengambil BElixz MAQNIFIQ dua kali sehari, sekali pada waktu pagi dan sekali pada waktu malam. Bagi mereka yang berumur 36 tahun dan ke atas, atau yang selalu terdedah kepada cahaya matahari, adalah disyorkan untuk mengambil empat paket sehari, iaitu dua pada waktu pagi, dan dua pada waktu malam.

Bagaimanakah saya mengambil BElixz MAQNIFIQ?​

Anda boleh mengambil BElixz MAQNIFIQ sebelum atau selepas makan. Walau bagaimanapun, untuk hasil terbaik, kami cadangkan agar anda tidak mengambil hidangan yang berat sebelum mengambil BElixz MAQNIFIQ.

Saya seorang vegetarian, bolehkah saya mengambil BElixz MAQNIFIQ?​

BElixz MAQNIFIQ mengandungi kolagen ikan. Oleh itu, adalah tidak disyorkan sekiranya anda vegetarian.

Di manakah BElixz MAQNIFIQ dihasilkan? Adakah ia diimport dari negara lain?

BElixz MAQNIFIQ dihasilkan di Malaysia. Walau bagaimanapun, bahan aktifnya diimport dari Sepanyol dan Perancis.

Adakah BElixz MAQNIFIQ Halal? ​

Ya, BElixz MAQNIFIQ memiliki sijil Halal.

Berapa paket terkandung di dalam sekotak BElixz MAQNIFIQ? ​

Setiap kotak BElixz MAQNIFIQ mengandungi 30 paket (8g setiap paket).

Adakah BElixz MAQNIFIQ sesuai untuk perempuan mengandung?​

Walaupun BElixz MAQNIFIQ hanya mengandungi bahan semula jadi yang selamat, wanita mengandung masih disarankan untuk berunding dengan doktor sebelum mengambilnya.

Adakah BElixz MAQNIFIQ sesuai untuk pesakit kencing manis?​

Ya. Pesakit kencing manis boleh memakan sehingga 2 paket setiap hari kerana setiap paket mengandungi 4g gula sahaja.

Saya sedang menyusu badan, bolehkah saya minum BElixz MAQNIFIQ?​

Biasanya, kami tidak mengesyorkan wanita menyusu badan untuk mengambil sebarang makanan tambahan untuk 12 bulan yang pertama selepas bersalin untuk memastikan badan anda memperoleh nutrien dari hidangan segar, semula jadi dan seimbang sementara mengekalkan keseimbangan hormon. Walau bagaimanapun, jika anda masih menyusu badan selepas satu tahun bersalin, sila berbincang dengan doktor atau profesional kesihatan sebelum mengambil makanan tambahan. Secara amnya, BElixz MAQNIFIQ selamat untuk dimakan kerana ia sejenis minuman berasaskan kolagen dengan bahan semula jadi.

BElixz SlendGlow

Di manakah BElixz SlendGlow dihasilkan?​

BElixz SlendGlow dihasilkan di Jepun.

Adakah BElixz SlendGlow sesuai untuk vegetarian?​

Ya. Ia sesuai untuk vegetarian. Namun, ia tidak sesuai untuk vegan kerana BElixz SlendGlow mengandungi laktosa yang berasal daripada susu lembu.

Bagaimanakah saya mengambil BElixz SlendGlow?​

Ambil 1 paket (4 tablet) sekali sehari selepas makan.

Bilakah masa terbaik untuk mengambil BElixz SlendGlow?​

Ia sesuai dimakan pada bila-bila masa sepanjang hari dan digalakkan diambil bersama dengan hidangan atau selepas makan.

Bagaimanakah saya boleh mencapai keputusan terbaik dengan BElixz SlendGlow?​

Sekiranya anda mengikuti diet pemakanan sihat yang terkawal, hadkan pengambilan kalori harian anda dan bersenam secara kerap, anda akan mencapai matlamat dalam masa yang lebih singkat.

Perlukah saya bersenam untuk melihat hasilnya?​

Seperti kebanyakan suplemen penurunan berat badan, produk ini sepatutnya diambil bersama dengan diet yang sihat dan senaman kerana ini adalah kaedah terbaik dan terbukti untuk menurunkan berat badan. Senaman dan pemakanan sihat adalah sangat penting untuk hasil yang optimum.

Sekiranya saya sensitif terhadap kafein, bolehkah saya mengambilnya?​

Kami tidak mengesyorkannya untuk orang yang sensitif terhadap kafein kerana tahap hipersensitiviti terhadap kafein adalah berbeza bagi setiap orang; oleh itu, anda tidak digalakkan mengambil walaupun jumlah kafein yang terkandung di dalam BElixz SlendGlow adalah rendah.

Apakah amaran untuk produk ini?​

  • Sila rujuk kepada doktor anda sebelum menggunakan produk ini sekiranya anda sedang mengambil ubat atau menghidapi sebarang penyakit.
  • Tidak sesuai untuk ibu hamil dan menyusu.
  • Jangan gunakan produk tersebut sekiranya mengalami sakit perut, loya atau muntah.
  • Dinasihatkan diambil bersama dengan diet seimbang dan senaman tetap.

BElixz ZENCOSO CHEWABLE BALL

Mengapakah saya memerlukan BElixz ZENCOSO CHEWABLE BALL?​

Badan kita memerlukan enzim untuk menguraikan dan menukarkan makanan kepada tenaga dan nutrien, serta untuk menyokong semua reaksi biokimia di dalam sistem kita. Namun, penghasilan enzim dalam badan kita semakin berkurangan dengan peningkatan usia dan penyusutan enzim adalah tidak dapat dielakkan. Oleh itu, dengan BElixz ZENCOSO CHEWABLE BALL, yang mengandungi pati 98 jenis buah-buahan dan sayur-sayuran dari kedua-dua negara beriklim tropika dan beriklim sederhana- 4 musim (Brazil dan Jepun) yang telah melalui proses penapaian semula jadi selama 8 tahun, ia membantu meningkatkan penyerapan makanan dan nutrien untuk aktiviti enzim keseluruhan dan metabolisme yang lebih baik.

Di manakah BElixz ZENCOSO CHEWABLE BALL dihasilkan? ​

BElixz ZENCOSO CHEWABLE BALL dihasilkan dan diimport dari Jepun. Ramuan adalah berasal dari Brazil dan Jepun.

Adakah BElixz ZENCOSO CHEWABLE BALL produk yang diiktiraf oleh FDA? ​

BElixz ZENCOSO CHEWABLE BALL berasal dari Jepun, jadi ia dihasilkan oleh kilang GMP yang diiktiraf oleh Japan JHNFA (Japan Health and Nutrition Food Association).

Adakah BElixz ZENCOSO CHEWABLE BALL Halal?​

Ya, BElixz ZENCOSO CHEWABLE BALL diiktiraf Halal oleh Nippon Asia Halal Association.

Adakah ramuan dalam BElixz ZENCOSO CHEWABLE BALL organik?​

Bukan semua ramuan dalam BElixz ZENCOSO CHEWABLE BALL disahkan organik, namun ia diperbuat daripada sayur-sayuran dan buah-buahan semula jadi yang tidak diubahsuai secara genetik.

Perlukan saya menyimpan BElixz ZENCOSO CHEWABLE BALL di dalam peti sejuk selepas dibuka?​

Selagi BElixz ZENCOSO CHEWABLE BALL dijauhkan daripada kawasan panas dan cahaya matahari langsung, ia tidak perlu disimpan di dalam peti sejuk. Suhu bilik biasa sudah memadai.

Bilakah masa terbaik untuk mengambil BElixz ZENCOSO CHEWABLE BALL? ​

Masa yang disyorkan untuk mengambil BElixz ZENCOSO CHEWABLE BALL adalah sebelum atau semasa makan. Adalah lebih baik untuk mengambilnya sebelum makan supaya enzim dapat diserap ke dalam usus kecil di mana sebahagian besar proses pencernaan berlaku. Namun, jangan risau jika anda terlupa mengambilnya sebelum makan kerana anda masih boleh mengambilnya selepas makan.

Siapa boleh mengambil BElixz ZENCOSO CHEWABLE BALL?​

Ia sesuai untuk semua peringkat umur untuk meningkatkan metabolisme dan penyerapan nutrien. Ini sangat bermanfaat jika anda seorang pemakan cerewet atau tidak suka sayur-sayuran kerana anda mungkin kehilangan banyak nutrien penting yang terdapat dalam pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran.

Adakah BElixz ZENCOSO CHEWABLE BALL mempunyai nombor MAL?​

BElixz ZENCOSO CHEWABLE BALL dikelaskan sebagai makanan di Malaysia, Singapura, Brunei dan Hong Kong. Oleh itu, ia berdaftar dengan Kementerian Kesihatan atau Biro Pendaftaran Makanan di pelbagai negara. Di Malaysia, jika sesebuah  produk dikelaskan sebagai makanan,  ia tidak akan mempunyai nombor MAL.