Terma Penggunaan

Terma Penggunaan- PLATFORM PEMASARAN BE INTERNATIONAL


1. Umum

1.1. Terma Penggunaan ini terpakai untuk laman web beintl.com, sistem BOS, aplikasi mudah alih BE4U, dan semua laman yang dipautkan dengan www.beintl.com atau aplikasi di mana Syarikat mungkin miliki atau kendali dari semasa ke semasa (secara kolektif “Platform”) oleh BE International Marketing, anak syarikat dan syarikat gabungannya seluruh dunia.

1.2. Perkataan “Syarikat”, “kami”, “kita” bermaksud BE International Marketing Sdn. Bhd. (No Syarikat: 201601028139/1199078-X)(AJL932172), BE International Marketing Pte. Ltd. (No Syarikat: 201709715E), BE International Marketing (HK) Pte Limited (No Syarikat: 2760241), BE International Marketing (B) Sdn. Bhd. (No Syarikat: RC20003059), dan PT BEI International Marketing (No Syarikat: 9120004170023) mengikut kes di setiap Wilayah. Perkataan “anda” dan “anda punya” merujuk kepada Independent Business Owners (IBO), pelanggan dan/atau orang ramai. Perkataan “Wilayah” bermaksud Malaysia atau Singapura atau Brunei atau Hong Kong atau Indonesia mengikut mana-mana yang berkenaan.

1.3. Terma Penggunaan yang dinyatakan di sini membentuk perjanjian undang-undang antara anda dan Syarikat.

1.4. Terma Penggunaan ini mengawal akses dan penggunaan Platform anda dan sebarang maklumat, fungsi dan servis yang disediakan dalam atau melalui Platform atau mana-mana aplikasi berkaitan (“Servis”). Anda memberi jaminan bahawa anda akan membaca, memahami, bersetuju dan mematuhi Terma Penggunaan ini dan Polisi Privasi ditetapkan di https://www.beintl.com/privacy-notice/ termasuk mana-mana dan segala pindaan yang telah dibuat dari semasa ke semasa sebelum menggunakan Platform ini dan/atau Servis.

1.5. Dengan mengakses Platform dan/atau menggunakan Servis, anda memberi penerimaan dan persetujuan yang tidak boleh dibatalkan kepada Terma Penggunaan ini dan sebarang pindaan kepada perkara di atas yang dikeluarkan oleh kami dari semasa ke semasa dan pemprosesan data peribadi anda seperti diterangkan dalam Polisi Privasi. Jika anda tidak bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi ini, sila hentikan akses dan/atau penggunaan Platform dan/atau Servis anda.

1.6. Dengan mengakses dan menggunakan Platform kami, anda mengakui bahawa anda berumur lebih dari lapan belas (18) tahun dan mempunyai hak, autoriti dan kapasiti untuk menerima Terma Penggunaan ini. Jika anda berumur di bawah lapan belas (18) tahun, anda perlu mendapatkan kebenaran ibu bapa atau penjaga anda yang sah untuk mengakses dan/atau menggunakan Platform.

1.7. Kami berhak untuk menyemak, mengubah, mempelbagai, mengubah suai, menambah, melengkap, meminda, menggantung atau membuang semua atau sebahagian Terma Penggunaan pada bila-bila masa atau ketika dimaklumkan oleh pihak undang-undang tempatan. Perubahan ini akan berkuat kuasa apabila disiarkan di Platform tanpa memberi sebarang sebab atau notis awal kepada anda.

1.8. Anda mengakui bahawa menjadi tanggungjawab dan kewajipan anda untuk memeriksa Platform dari semasa ke semasa untuk pindaan kepada Terma Penggunaan ini. Penggunaan atau akses Platform berterusan daripada anda selepas kami membuat sebarang pindaan menyatakan penerimaan anda terhadap pindaan-pindaan tersebut kepada Terma Penggunaan.

1.9. Laman Terpaut (semua pautan dari Platform kami ke mana-mana laman pihak ketiga) disediakan untuk kemudahan anda dan sebagai sumber maklumat sahaja. Walaupun setiap penjagaan diambil untuk memastikan ketepatan maklumat dan kandungan, anda bersetuju bahawa maklumat dan kandungan yang mungkin anda lihat di Laman Terpaut tidak dicipta, diurus, dikawal, disemak atau diluluskan oleh kami, dan tidak akan dianggap disediakan atau dijamin oleh kami. Sehubungan itu, kami tidak membuat sebarang representasi atau waranti mengenai kandungan Laman Terpaut. Kami tidak bertanggungjawab, mahupun menyokong ketepatan, kesempurnaan, ketepatan masa, kesesuaian, kesahihan, kebolehpercayaan sebarang maklumat atau kandungan Laman Terpaut. Anda bersetuju bahawa anda mungkin bergantung pada maklumat atau kandungan tersebut atas risiko anda sendiri. Kami secara jelas menafikan sebarang liabiliti untuk sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami atau ditanggung oleh anda atau mana-mana pihak ketiga yang timbul daripada, berkaitan dengan, atau disebabkan daripada perhubungan ini. Kami berhak pada setiap masa dan atas budi bicara kami untuk melumpuhkan mana-mana pautan atau frames yang tidak dibenarkan daripada Platform.

2. Hak Harta Intelek

2.1. Melainkan dinyatakan dengan jelas secara bertulis oleh kami sebaliknya, kami memiliki segala Harta intelek dalam dan berkaitan dengan Platform dan mana-mana maklumat yang tersedia di dalamnya termasuk segala hak harta intelek dan hak proprietari, termasuk tetapi tidak terhad kepada tanda dagangan Syarikat, hak paten, hak susun atur litar, tanda perkhidmatan, nama dagangan, nama syarikat, nama domain, nama jenama, reka bentuk berdaftar, hak cipta, hak pangkalan data, logo, slogan, hasil carian, grafik, fotograf, animasi, video dan teks, dan bentuk lain proprietari intelek atau harta industri, pengetahuan, ciptaan, formula, proses sulit atau rahsia, rahsia perdagangan, hak bermoral, mana-mana hak lain yang dilindungi dan sebarang lesen dan kebenaran berkaitan dengannya, dalam setiap kes di mana-mana bahagian dunia dan sama ada didaftarkan atau boleh didaftarkan dan untuk tempoh penuhnya, dan segala pelanjutan dan pembaharuannya, dan segala permohonan untuk pendaftaran yang berkaitan dengan perkara di atas (secara kolektif sebagai “Harta Intelek”).

2.2. Akses atau penggunaan Platform anda tidak dalam apa jua cara sekalipun memberikan anda sebarang hak berhubung dengan Harta Intelek kami dan/atau pihak ketiga yang lain (jika berkenaan).

2.3. Anda tidak dibenarkan untuk menerbit, mengedar, memapar, memanipulasi, melakukan kejuruteraan balikan (reverse engineering), meniru, menghantar, menyiar, melakukan audio siar, melakukan laman siar atau sebaliknya berkongsi, dalam sebarang format, mana-mana kandungan, dan/atau maklumat didedahkan kepada, diakses oleh dan/atau didedahkan kepada anda berhubung dengan akses anda dan/atau penggunaan Platform dan anda tidak boleh dan tidak dibenarkan untuk menggunakan kandungan dan/atau maklumat berkaitan untuk sebarang tujuan perniagaan atau komersial dalam apa jua cara sekalipun. Tiada maklumat yang diberikan boleh dianggap sebagai nasihat kewangan, undang-undang atau perubatan.

2.4. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, mana-mana bahan, maklumat atau idea yang anda serahkan kepada Platform dan/atau berikan kepada kami (kecuali yang dilindungi di bawah Polisi Privasi kami) akan diambil kira bahawa anda telah membenarkan kami lesen bukan eksklusif untuk mengguna, meniru, mendedah, mengedar, menggabung dan/atau sebaliknya menggunakannya untuk sebarang tujuan sekalipun, termasuk tetapi tidak terhad kepada, penyiaran, penerbitan, peniruan, penghantaran, pembangunan, pembuatan, pembaikan Servis dan produk pemasaran kami.

 

3. Penggunaan Platform yang Dilarang

3.1. Tambahan kepada segala larangan lain seperti terkandung dalam Terma Penggunaan ini, anda dilarang daripada mengakses dan/atau menggunakan Platform atau kandungannya:-

3.1.1. untuk sebarang tujuan yang menyalahi undang-undang, haram, lucah dan/atau tidak bermoral;
3.1.2. untuk meminta orang lain melakukan atau mengambil bahagian dalam aktiviti yang menyalahi undang-undang atau haram;
3.1.3. melanggar mana-mana undang-undang negara atau negeri, syarat, peraturan, ordinan dan/atau mana-mana sekatan peraturan lain;
3.1.4. untuk mencabuli atau melanggar hak Harta Intelek kami atau hak milik pihak ketiga;
3.1.5. untuk mengganggu, memfitnah, mencemar nama baik, memperlekeh, menakut-nakutkan atau mendiskriminasi terhadap mana-mana individu;
3.1.6. untuk memberi maklumat palsu atau mengelirukan
3.1.7. untuk mengumpul atau menjejaki maklumat mana-mana individu atau syarikat lain;
3.1.8. mengganggu ciri keselamatan Platform atau mana-mana laman web pihak ketiga atau internet;
3.1.9. sebaliknya menghantar, memberi, mengganggu, mengendala, melumpuh, memusnah atau menjejas fungsi Platform atau mana-mana laman web pihak ketiga, atau internet.

3.2. Kami berhak untuk menghalang anda daripada terus mengakses dan/atau mengguna Platform jika anda disyaki atau didapati terlibat, mengambil bahagian dan/atau melakukan mana-mana penggunaan yang dilarang seperti dinyatakan dalam Terma Penggunaan kami.


4. Tanggung Rugi

4.1. Anda bersetuju untuk menanggung rugi, mempertahankan dan tidak membahayakan Syarikat, pengarah, pegawai, pekerja, perunding, ejen dan/atau ahli gabungannya, daripada mana-mana dan semua tuntutan, liabiliti, ganti rugi dan/atau kos pihak ketiga (termasuk tetapi tidak terhad kepada, yuran guaman) yang timbul daripada akses dan/atau penggunaan Platform anda dan/atau pelanggaran anda terhadap Terma Penggunaan ini atau mana-mana terma atau polisi yang terpakai kepada anda.

 

5. Perlindungan Data Peribadi

5.1. Dengan memuat turun, memasang, mengakses Platform, anda dianggap mengakui, menerima dan bersetuju untuk terikat dengan Polisi Privasi kami, yang boleh disemak dan dikemas kini dari semasa ke semasa mengikut budi bicara mutlak kami. Sila rujuk kepada Polisi Privasi kami, yang merupakan sebahagian daripada Terma Penggunaan ini, dan anda mengakui bahawa menjadi tanggungjawab anda untuk menyemak Polisi Privasi yang disediakan oleh kami.

5.2. Platform kami menggunakan kuki (cookies) dan teknologi serupa untuk membezakan anda daripada pengguna Platform lain dan untuk memahami penggunaan Platform lebih baik. Ini membantu kami memberikan anda pengalaman yang baik apabila anda mengakses dan/atau mengguna Platform dan membenarkan kami menambah baik Platform. Dengan terus mengakses dan/atau mengguna Platform, anda bersetuju dengan penggunaan kuki (cookies).

 

6. Tiada Hubungan Agensi

6.1. Tiada dalam Terma Penggunaan ini dicipta atau dianggap untuk mewujudkan perkongsian, agensi, hubungan majikan-pekerja dan/atau hubungan majikan-kontraktor bebas antara anda dan kami dalam apa jua cara sekalipun.

 

7. Penafian dan Had Liabiliti terhadap Akses dan/atau Penggunaan Platform

7.1. Walaupun kami mungkin mengambil semua langkah untuk memastikan setiap kandungan dan/atau maklumat yang dipaparkan dalam Platform adalah tepat dan lengkap, kami menyediakan kandungan dan/atau maklumat untuk tujuan bermaklumat dan atas dasar ‘seadanya’ tanpa memberikan sebarang representasi dan/atau waranti dan/atau jaminan, sama ada tersurat atau tersirat di bawah badan am undang-undang atau sebaliknya, setakat yang dibenarkan oleh undang-undang berkenaan dan menurut pengecualian yang dibenarkan di bawah undang-undang berkenaan.

7.2. Untuk pengalaman pengguna terbaik, kami menyediakan akses dan ketersediaan kepada Platform dan Servis termasuk sebarang pembetulan atas dasar usaha terbaik tetapi kami tidak bertanggungjawab untuk memastikan Platform tersedia, boleh diakses, tidak terganggu, tepat waktu, selamat, tepat, tidak memudaratkan, lengkap atau bebas ralat pada setiap masa, dan kami tidak bertanggungjawab untuk memastikan kerosakan, jika ada, akan dibetulkan, atau Platform dan/atau pelayar yang disediakan adalah bebas daripada virus, jam, pemasa, pengira, cacing (worms), kunci perisian, drop dead device, Trojan, penghalaan, pintu perangkap, bom jangka atau sebarang kod, arahan, program atau komponen berbahaya yang lain.

7.3. Dalam apa jua keadaan, Syarikat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan atau kerugian dalam apa jua bentuk sekalipun yang timbul atau akibat daripada atau berkaitan dengan akses, penggunaan, kebergantungan Platform anda, kecuali kecuaian teruk seperti yang ditentukan dan diputuskan oleh penghakiman muktamad yang tidak boleh dirayu atau mana-mana badan kehakiman lain yang mempunyai bidang kuasa yang kompeten.

7.4. Anda bertanggungjawab untuk menilai maklumat dan kandungan yang diperoleh melalui Platform. Dengan menggunakan Platform, anda menanggung segala risiko berkaitan dengan penggunaan yang berkaitan dan bertanggungjawab sepenuhnya untuk sebarang kegagalan dalam penggunaan, kehilangan data dan kos yang berkaitan dengan semua servis dan penyelenggaraan perkakasan yang diperlukan dan/atau perisian yang digunakan berkaitan dengan Platform. Anda seterusnya bersetuju bahawa kami, termasuk pengarah, pegawai, pekerja, perunding, ejen dan ahli gabungan tidak bertanggungjawab, dan anda bersetuju untuk kami tidak bertanggungjawab atau bertanggungjawab atas mana-mana kerosakan atau kerugian setakat dibenarkan oleh undang-undang, termasuk tetapi tidak terhad kepada kerosakan secara tidak langsung, kerosakan tidak disengajakan, kerosakan bersebab, kerosakan punitif, kerosakan untuk kerugian keuntungan, niat baik atau reputasi, kerugian keuntungan, kerugian tidak ketara, dan di mana keadaan mana-mana kerosakan atau kerugian yang tidak berkaitan atau tidak dapat diramal, daripada salah satu atau lebih seperti berikut:-

7.4.1. Akses, penggunaan dan/atau ketidakmampuan anda untuk menggunakan Platform, Servis, aplikasi atau peralatan kami;
7.4.2. Kelewatan atau gangguan dalam Platform;
7.4.3. Kerosakan pada peranti perkakasan atau perisian anda daripada penggunaan Platform kami;
7.4.4. Kegagalan anda untuk mematuhi Terma Penggunaan ini;
7.4.5. Pelanggaran mana-mana representasi, data atau maklumat yang tersedia dalam Platform;
7.4.6. Mana-mana sistem, pelayar atau ralat sambungan, peninggalan, gangguan, kelewatan dalam penghantaran, virus, cacing (worms), kod berbahaya, program atau perisian berbahaya; dan
7.4.7. Mana-mana kerosakan atau kerugian yang tidak berkaitan dan/atau tidak dapat diramal.

 

8. Had Liabiliti Pada Terma Penggunaan

8.1. Walau apa pun yang terkandung di sini:-

8.1.1. peruntukan ini terpakai berkenaan dengan tahap penuh Terma Penggunaan ini;
8.1.2. kami, termasuk pengarah, pegawai, pekerja, perunding, ejen dan/atau ahli gabungan kami, menafikan semua waranti, syarat dan representasi, sama ada secara tersurat atau tersirat di bawah badan am undang-undang atau sebaliknya, setakat yang dibenarkan undang-undang berkenaan dan menurut pengecualian yang dibenarkan di bawah undang-undang berkenaan;
8.1.3. setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, kecuali untuk kecuaian teruk atau sebarang liabiliti sebaliknya yang dikenakan oleh undang-undang, mana-mana dan semua tuntutan yang timbul daripada atau bersama-sama dengan Terma Penggunaan ini, kami, termasuk pengarah, pegawai, pekerja, perunding, ejen dan ahli gabungan kami, tidak akan bertangunggjawab kepada anda untuk sebarang kerosakan tidak langsung, kerosakan sampingan, kerosakan berbangkit, kerosakan punitif, kerosakan teladan, kerosakan kerugian keuntungan, niat baik atau reputasi, dan dalam apa jua keadaan, mana-mana kerosakan atau kerugian yang tidak berkaitan dan/atau tidak dapat diramal; dan
8.1.4. jika Syarikat didapati bertanggungjawab untuk sebarang kerosakan yang disebabkan oleh kecuaian teruk dan/atau liabiliti berkanun dan/atau sebaliknya oleh kehakiman muktamad yang tidak boleh dirayu atau mana-mana badan kehakiman lain yang mempunyai bidang kuasa kompeten, anda dengan ini bersetuju bahawa liabiliti kami tidak boleh melebihi jumlah yang telah anda bayar untuk Produk kecuali kecederaan peribadi, kerosakan harta benda atau kematian yang berpunca secara langsung daripada kecuaian teruk tersebut atau sebarang liabiliti yang sebaliknya dikenakan oleh undang-undang.

 

9. Penamatan

9.1. Syarikat berhak, mengikut budi bicara mutlaknya, untuk menamatkan akses dan penggunaan Platform anda secara keseluruhan atau sebahagian tanpa notis jika kami mendapati anda telah melanggar mana-mana Terma Penggunaan di sini. Jika anda tidak berpuas hati dengan Platform, penyelesaian terbaik dan eksklusif adalah dengan menghentikan akses dan/atau penggunaan Platform ini.

 

10. Pengawalan Undang-undang & Pertikaian

10.1. Terma Penggunaan ini hendaklah ditafsir dan dikawal oleh undang-undang Wilayah. Sebarang prosiding berkaitan dengan Terma Penggunaan akan dibawa dalam bidang kuasa eksklusif mahkamah kompeten Wilayah. Sekiranya terdapat sebarang percanggahan antara Terma Penggunaan dan undang-undang Wilayah, maka undang-undang Wilayah akan diguna pakai, tanpa menjejaskan hak kedua-dua pihak.

10.2. Walau apa pun perkara di atas, kami berhak untuk meneruskan perlindungan hak Harta Intelek dan maklumat sulit kami melalui injunksi atau sebarang pelepasan saksama lain melalui mahkamah.

 

11. Keseluruhan Perjanjian

11.1. Terma Penggunaan ini menyatakan keseluruhan perjanjian dan persefahaman antara Syarikat dan anda dan menggantikan dan membatalkan dalam semua aspek pengaturan, surat, perjanjian, janji, jaminan, waranti, representasi, persefahaman dan perusahaan, jika ada, antara pihak, sama ada secara bertulis atau lisan, berkenaan dengan perkara-perkara di sini.

11.2. Setiap pihak mengakui bahawa dalam membuat perjanjian berdasarkan Terma Penggunaan, ia tidak bergantung pada, dan tidak akan mempunyai remedi berkenaan dengan, mana-mana kenyataan, representasi, jaminan atau waranti (sama ada dibuat secara tidak sengaja atau cuai).

11.3. Setiap pihak bersetuju bahawa ia tidak akan mempunyai tuntutan untuk salah nyata yang tidak sengaja atau cuai berdasarkan mana-mana kenyataan dalam Terma Penggunaan.

 

12. Bahasa

12.1. Sekiranya berlaku konflik, percanggahan, ketidakseragaman, atau kelainan antara versi Bahasa Inggeris dan mana-mana bahasa terjemahan Terma Penggunaan ini, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai. Salinan versi Bahasa Inggeris boleh didapati di (https://beintl.com/terms-of-use/)

 

13. Pelepasan Hak

13.1. Tiada kegagalan atau kelewatan oleh kami dalam melaksanakan mana-mana hak kami di bawah Terma Penggunaan akan beroperasi sebagai pelepasan haknya dan tidak akan ada sebarang pelaksanaan tunggal atau sebahagian daripada mana-mana hak menghalang sebarang pelaksanaan selanjutnya atau pelaksanaan mana-mana hak lain.

 

14. Keterpisahan

14.1. Jika mana-mana peruntukan Terma Penggunaan atau penggunaannya pada sebarang situasi atau keadaan adalah tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan, baki Terma Penggunaan tidak akan terjejas, dan setiap peruntukan yang tinggal adalah sah dan dikuatkuasakan sepenuhnya.