
apabila kejayaannya menjadi titik permulaan kepada kejayaan orang lain.
Itulah semangat di sebalik Anugerah Legasi, pengiktirafan kepimpinan tertinggi yang diperkenalkan buat julung kalinya di BE The Legend Convention 2026. Anugerah ini bukan hanya sekadar pemberian sebuah trofi, malah melambangkan komitmen jangka panjang dalam membina insan, membentuk pemimpin, dan mencipta impak yang berkekalan.
Detik Bersejarah: Kenali Penerima Sulung Anugerah Legasi
Di BE International, kepimpinan tidak diukur melalui pencapaian peribadi semata-mata. Seorang pemimpin yang hebat ialah mereka yang membuka jalan, membimbing dan membantu individu lain mencapai potensi terbaik mereka. Sehubungan itu, Anugerah Legasi diberikan kepada Royal Crown Council Ambassador (RCCA) yang berjaya melahirkan bilangan tertinggi pencapai baharu.
Dengan penuh rasa bangga, kami mengumumkan penerima sulung Anugerah Legasi:
RCCA NURUL FARHANA BT MD ADNAN & MOHD KHAIRUL BIN NAIM.
Mereka membawa bersama ratusan individu untuk berkembang, berjaya dan merealisasikan impian masing-masing dan bukan hanya ingin mencapai puncak kejayaan semata-mata.
Ikuti kisah inspirasi mereka:
- Baca kisah penuh mereka: Ketahui bagaimana mereka membina empayar perniagaan melalui Kisah Kejayaan rasmi mereka.
- Saksikan penampilan mereka di pentas: Hayati perkongsian penuh inspirasi sebagai Star Awards Nite Keynote Speakers 2022, serta kemunculan mereka sebagai BE Convention Legend Speakers 2025.
- Dengar di mana sahaja: Terperangkap dalam kesesakan lalu lintas? Jadikan perjalanan anda dipenuhi inspirasi daripada pengalaman sebenar mereka. Dapatkan inspirasi daripada kisah kejayaan mereka di Spotify ketika anda memandu.
Peluang BE: Mulakan Impian Anda Dengan Modal Yang Mampu Milik
Setiap kejayaan besar bermula dengan satu keputusan kecil. Mungkin anda tertanya-tanya sama ada membina perniagaan seperti ini memerlukan modal yang besar atau pengalaman yang luas.
Hakikatnya, meraih pendapatan tanpa had tidak memerlukan kos yang besar. Dengan Peluang BE, anda boleh mula membina legasi anda hanya dengan kos hidangan tengah hari.
Mulakan hari ini dengan serendah:
RM60 / SG$20 / BN$20 / HK$100 / IDR 100.000
Kejayaan Lebih Bermakna Apabila Dikongsi Bersama
Kejayaan seorang individu sememangnya menginspirasikan. Namun, apabila seorang pemimpin berjaya melahirkan lebih ramai individu berjaya, itulah legasi yang sebenar.
Anugerah Legasi mencerminkan nilai yang sentiasa menjadi pegangan BE International. Setiap individu berpeluang mencapai kejayaan apabila diberikan platform, bimbingan dan peluang yang tepat.
Adakah anda bersedia untuk menjadi pemimpin seterusnya yang mengangkat kejayaan orang lain? Rebut Peluang BE hari ini dan raikan legasi yang bakal anda bina di BE The Legend Convention yang akan datang.