Lebih 4,000 pemimpin dari Malaysia, Singapura, Brunei, Hong Kong, Indonesia, dan negara lain telah berhimpun pada 8 Ogos 2026 di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur sempena BE The Legend Convention 2026, acara pengiktirafan tahunan terbesar anjuran BE International. Bersatu dengan satu visi, para peserta berkumpul untuk meraikan pencapaian luar biasa, merangkul kejayaan baharu, serta menyemarakkan inspirasi terhadap pelbagai peluang tanpa batas yang menanti pada masa hadapan.

Sorotan utama konvensyen ini adalah penyampaian pengiktirafan kepada lebih 450 pemimpin cemerlang, yang mana dedikasi serta ketabahan mereka merupakan pendorong utama kejayaan komuniti BE. Upacara tersebut meraikan pencapaian kepimpinan yang luar biasa, dengan 131 penerima Dana Kereta, 57 penerima Dana Rumah, 32 pemimpin dinaikkan pangkat ke Crown Council Ambassador (CCA), 28 pemimpin dinaikkan pangkat ke Senior Crown Ambassador (SRCA), 9 pemimpin dinaikkan pangkat ke Double Crown Ambassador (DBCA), dan 8 pemimpin mencapai pangkat Royal Crown Council Ambassador (RCCA) yang berprestij. Turut diraikan Top 3 BE A Global Star 2026 bagi menghargai prestasi perniagaan mereka yang luar biasa serta komitmen menuju kecemerlangan.





Konvensyen tahun ini lebih bermakna dengan pengenalan Legacy Award buat julung kalinya. Pengiktirafan berprestij ini dianugerahkan kepada pemimpin CCA dan RCCA yang berjaya melahirkan bilangan penerima teramai di BE The Legend Convention. Anugerah ini diraikan khusus untuk para pemimpin yang bukan sahaja mencipta kejayaan sendiri dan memperkasakannya kepada individu lain, memupuk pencapaian masa depan, dan meninggalkan impak berpanjangan terhadap pertumbuhan dan kejayaan komuniti BE.

Konvensyen ini turut menampilkan perkongsian berinspirasi dua Legend Speaker, iaitu RCCA Elaiyakumaran dan RCCA Chris Bong, yang telah menawan hati penonton dengan perjalanan transformasi peribadi mereka. Bermula daripada latar belakang bersederhana sebagai seorang pegawai IT dan pemilik perniagaan tradisional, kedua-dua penceramah berkongsi bagaimana kegigihan, ketabahan, dan kepercayaan terhadap peluang BE membolehkan mereka membina kehidupan dengan pencapaian luar biasa. Kisah mereka menjadi bukti jelas bahawa kejayaan boleh dicapai oleh sesiapa sahaja yang berani berimpian besar dan berani mengambil tindakan.


Selain pengiktirafan perniagaan, BE International meneruskan komitmennya untuk memberi impak sosial dengan menyokong pendidikan dan memperkasakan bakat masa depan. BE International secara rasmi memperingati kerjasamanya dengan universiti terkemuka di Malaysia, Universiti Malaya (UM), menerusi BE Foundation (Yayasan BE) dan mengesahkan semula komitmen bersama untuk memupuk pemimpin masa depan melalui pendidikan. Wakil-wakil daripada Universiti Malaya dan diketuai oleh Profesor Madya Dr Nurin Wahidah Mohd Zulkifli, Pengarah Eksekutif Jabatan Perkhidmatan Akademik, turut naik ke pentas bersama pihak BE International bagi menandakan jalinan kerjasama bermakna ini.
Konvensyen ini turut menyaksikan penyampaian BE Foundation (Yayasan BE) kepada empat pelajar cemerlang dari Fakulti Sains serta Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaya. Biasiswa tersebut mengiktiraf kecemerlangan akademik dan mencerminkan komitmen BE International dalam memperkasakan pelajar yang layak untuk mengejar aspirasi pendidikan mereka.
Melangkah ke hadapan, BE Foundation (Yayasan BE) akan diteruskan sebagai inisiatif tahunan bagi membuka lebih banyak peluang kepada pelajar untuk mengembangkan potensi mereka. Pelajar yang berminat dijemput untuk mengikuti saluran rasmi BE International bagi mendapatkan maklumat terkini serta peluang permohonan pada masa hadapan.


Sambutan tersebut diakhiri dengan persembahan tarian muzikal yang memukau dan telah mengubah dewan konvensyen menjadi pengalaman dan kemeriahan yang tidak dapat dilupakan. Koreografi dinamik, produksi pentas yang mengagumkan, dan persembahan yang mengujakan telah melengkapkan penutup acara yang penuh gemilang serta mencerminkan semangat, perpaduan, dan jiwa komuniti BE.
BE International terus komited untuk memperkasakan usahawan, mengiktiraf kecemerlangan, dan menyumbang kembali kepada masyarakat melalui inisiatif bermakna seiring dengan perkembangan BE International di seluruh rantau ini. BE The Legend Convention 2026 bukan sahaja meraikan pencapaian luar biasa, malah mengukuhkan lagi misi BE International untuk membina kehidupan yang lebih sihat dan bahagia sambil menginspirasikan lebih ramai individu agar berani mengejar impian mereka dengan penuh keyakinan.
Kejayaan BE The Legend Convention 2026 tidak mungkin dapat direalisasikan tanpa sokongan setiap peserta, pemimpin, rakan kongsi serta penyokong yang bersama menjayakannya. Bersama-sama, kita akan terus mencipta legenda, mengubah kehidupan dan membina masa depan yang lebih gemilang.