BE komited mengumumkan sumbangan sebanyak RM100,000 kepada Yayasan Tzu-Chi bagi menyokong usaha bantuan segera. Kami percaya bahawa menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan adalah tanggungjawab bersama semasa krisis, dengan harapan sumbangan ini dapat memberikan sedikit sebanyak kemudahan kepada mereka yang sedang menempuh waktu sukar.
Sumbangan kami ini dihulurkan susulan kejadian kebakaran yang berlaku baru-baru ini di Sandakan, Sabah. Bencana tersebut telah menyebabkan banyak keluarga memerlukan bantuan mendesak, dan kami percaya setiap bentuk sokongan amat bermakna dalam mengharungi saat krisis ini.
Di BE, pemulihan sebenar bermula dengan sinar harapan. Kami ingin menyuntik semangat buat para mangsa dan memastikan komuniti merasa disokong melalui sumbangan yang diberikan. Usaha ini juga memperkukuh hubungan erat yang sekian lama terjalin dengan Yayasan Tzu-Chi.

Komitmen Berterusan: Sokongan Ketiga buat Tzu-Chi Malaysia
Ini merupakan kali ketiga BE menghulurkan sokongan kepada Yayasan Tzu-Chi. Sejak tahun 2025, kami telah menyumbang sebanyak RM200,000 secara keseluruhan bagi menyokong misi bantuan banjir di Perak dan Kelantan, serta pelbagai inisiatif kemanusiaan yang lain.
Sumbangan ini bukan sekadar bantuan kewangan. Di BE, kami percaya pada nilai tolong-menolong dan bersatu hati. Melalui kerjasama berterusan ini, kami komited untuk mendekati lebih ramai individu yang memerlukan dan memainkan peranan dalam membina komuniti yang lebih prihatin dan teguh.
Apabila Komuniti Bersatu, Harapan Tetap Wujud
Menerusi inisiatif ini, wakil daripada Yayasan Tzu-Chi telah berkongsi kisah di sebalik “Tabung Buluh” kepada pasukan BE dan para pemimpin kami. Konsep ini diperkenalkan bertujuan untuk memberi inspirasi kepada setiap individu bagi memupuk sifat murni setiap hari.
Melalui tindakan murni yang kecil namun konsisten, Tabung Buluh melambangkan bagaimana usaha bersama dari semasa ke semasa mampu menyebarkan kasih sayang serta mencipta impak yang bermakna.
Falsafah ini bertepatan dengan visi BE International untuk mewujudkan kehidupan yang lebih sihat dan bahagia buat semua melalui hubungan kemanusiaan yang positif serta usaha kolektif dalam memperkasakan komuniti. Inisiatif Tabung Buluh ini menerima sambutan yang amat memberangsangkan daripada para pemimpin yang hadir, di mana ramai yang membawanya pulang dengan niat untuk terus menyebarkan kebaikan dalam lingkungan masing-masing. Pasukan Yayasan Tzu-Chi turut merakamkan foto kenangan bersama pasukan dan para pemimpin BE semasa majlis tersebut.


Setiap usaha kami dipandu oleh BE Foundation (Yayasan BE) menerusi empat teras utamanya:
1. Kesihatan dan Kesejahteraan
2. Pendidikan dan Pembangunan Belia
3. Sokongan Komuniti
4. Kelestarian Alam Sekitar
Kami percaya setiap teras ini amat penting dalam usaha mencipta dunia yang lebih baik. Sama ada melalui pemberian bantuan semasa bencana atau menyokong impian generasi muda menerusi Biasiswa BE Foundation (Yayasan BE), misi kami tetap sama.
Inisiatif ini merupakan satu lagi lembaran dalam komitmen besar kami terhadap impak sosial; sebuah perjalanan untuk membantu membina masa depan yang lebih kukuh dan cerah bagi semua orang.