Metabolisme merujuk kepada tindak balas kimia yang menukarkan makanan kepada tenaga. Tubuh kita memerlukan tenaga untuk melakukan pelbagai fungsi, daripada bergerak dan berfikir sehinggalah kepada proses tumbesaran.
Tindak balas kimia metabolisme ini dikawal oleh protein khusus dalam badan. Beribu-ribu proses metabolik berlaku secara serentak, dan semuanya dikawal selia oleh badan untuk memastikan sel-sel kita kekal sihat dan berfungsi dengan baik.

Peranan Enzim Dalam Meningkatkan Metabolisme
Enzim adalah pengawal selia utama metabolisme. Ia berfungsi mempercepatkan dan mengawal tindak balas kimia yang memecahkan nutrien, sekaligus membebaskan tenaga untuk badan atau menyimpannya dalam tisu seperti hati, otot, dan lemak.
- Pencernaan: Enzim membantu badan memecahkan molekul yang besar dan kompleks, seperti glukosa.
- Replikasi DNA: Apabila sel membahagi, ia mesti menyalin DNA-nya dengan bantuan enzim.
- Hati: Hati menggunakan enzim untuk memecahkan bahan berbahaya dalam badan
Adakah Enzim Dalam Badan Kita Akan Berkurangan?
Semakin kita berusia, badan kita menghasilkan semakin sedikit enzim. Tahap enzim ini boleh menurun sehingga lebih 60% menjelang usia 55 tahun. Untuk menangani masalah kesihatan berkaitan penuaan, adalah perlu untuk kita meningkatkan tahap enzim bagi melawan masalah degeneratif. Makanan yang kita makan membekalkan nutrien yang diperlukan badan untuk menghasilkan enzim dan mendapatkan tenaga. Buah-buahan dan sayur-sayuran memainkan peranan penting dalam menyokong proses ini
Garis Panduan Diet Malaysia oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesyorkan pengambilan 5 hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari. Ia membantu mengurangkan risiko sindrom metabolik seperti kanser, penyakit kardiovaskular, diabetes jenis 2, dan obesiti. Walau bagaimanapun, 85-95% rakyat Malaysia masih tidak mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran yang mencukupi.
Jadi… adakah anda salah seorang daripada mereka? Adakah anda mampu mengambil sekurang-kurangnya 2 hidangan buah + 3 hidangan sayur dalam sehari?
Solusi Enzim Semulajadi: Bagaimana 98 Botani Terfermentasi Meningkatkan Metabolisme Anda
BElixz ZENCOSO CHEWABLE BALL ialah produk inovatif yang diperbuat daripada 98 Ekstrak tumbuhan terpilih. Bahan-bahan ini melalui proses penapaian semulajadi selama 8 tahun menggunakan teknologi tradisional Jepun. Ia kemudiannya dimampatkan menjadi bebola kunyahan kecil untuk membolehkan penyerapan yang lebih baik bagi menyokong fungsi enzim dan menggalakkan metabolisme yang sihat. Ia boleh menjadi pilihan anda untuk rangsangan tambahan dalam aktiviti enzim dan mempercepatkan metabolisme anda!