Pernahkah anda tertanya-tanya mengapa badan terasa lebih cepat letih berbanding dahulu, atau mengapa otot memerlukan masa yang lebih lama untuk pulih selepas bersenam?
Ramai yang menganggap perubahan tenaga dan pemulihan otot yang semakin perlahan hanyalah sebahagian daripada proses penuaan. Namun, hakikatnya pelbagai faktor seperti perubahan fisiologi, gaya hidup dan tahap aktiviti fizikal turut memainkan peranan. Seiring dengan peningkatan usia, kadar metabolisme dan penghasilan testosteron secara semula jadi cenderung menurun. Keadaan ini boleh menyumbang kepada penurunan tenaga, pemulihan otot yang lebih perlahan, serta kecergasan yang semakin berkurangan. Menurut Fraile-Martínez et al. (2026), paras testosteron lazimnya menurun sekitar 0.5% hingga 1.0% setiap tahun apabila usia meningkat. Kajian tersebut turut menjelaskan bahawa perubahan ini dipengaruhi oleh gabungan pelbagai faktor biologi dan gaya hidup, bukannya disebabkan oleh satu punca sahaja.

Pendekatan Baharu dalam Menjaga Kesejahteraan Harian
Walaupun proses penuaan adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan, kini semakin ramai individu memilih untuk melabur dalam pakaian kesejahteraan sebagai sebahagian daripada pendekatan holistik bagi menyokong kesejahteraan harian mereka. Salah satu inovasi tersebut ialah teknologi KODENSHI®, yang diterapkan dalam pakaian kesejahteraan seperti AULORA Pants dan AULORA Boxer.
S: Bagaimanakah AULORA Pants with KODENSHI® Membantu Anda Kekal Bertenaga?
J: AULORA Pants with KODENSHI® mempunyai titik mampatan strategik yang direka untuk menyokong peredaran sihat di bahagian bawah kaki, khususnya di sekitar otot gastrocnemius dan soleus, yang sering dirujuk sebagai “jantung kedua” badan. Titik mampatan ini membantu mengaktifkan “jantung kedua” serta meningkatkan aliran dan menyokong penghantaran oksigen dan nutrien ke tisu. Peredaran yang lebih baik mungkin membantu mengurangkan keletihan dan meningkatkan tenaga dan kecergasan secara menyeluruh.
S: Bagaimanakah Teknologi KODENSHI® Menyokong Pemulihan Otot Selepas Bersenam?
Semasa bersenam, otot menghasilkan haba dan mengalami tekanan fizikal akibat peningkatan aktiviti. Fiber KODENSHI® direka untuk memantulkan semula haba badan dalam bentuk Sinar Inframerah Jauh (FIR), membantu mengekalkan kehangatan di sekitar otot. Kehangatan FIR ini boleh membantu mengekalkan keselesaan otot selepas bersenam, sambil mewujudkan persekitaran yang lebih kondusif untuk proses pemulihan.
S: Bagaimanakah AULORA Apparel dengan KODENSHI® Menyokong Kesejahteraan Lelaki dan Kesihatan Hormon?

AULORA Apparel dengan teknologi KODENSHI® direka untuk menyokong peredaran yang sihat dan keselesaan, yang merupakan aspek penting dalam fungsi fisiologi keseluruhan. Oleh kerana penghasilan hormon dipengaruhi oleh pelbagai faktor, termasuk peredaran, tahap tekanan, tidur, dan kesihatan umum, mengekalkan persekitaran badan yang sihat boleh membantu menyokong keseimbangan hormon semula jadi badan.
Teknologi KODENSHI® diaplikasikan dalam produk seperti AULORA Pants dan AULORA Boxer. Kajian oleh Profesor Shimizu dari Osaka Prefecture University mengkaji hubungan antara Fiber KODENSHI® dan paras testosteron, dengan hasil kajian menunjukkan potensi sokongan dalam mengekalkan tahap testosteron yang sihat. Para peserta menunjukkan peningkatan secara beransur-ansur dalam tahap testosteron sepanjang tempoh kajian selama 30 hari.
Q: Adakah AULORA Apparel dengan Teknologi KODENSHI® Sesuai Dipakai Walaupun Dalam Cuaca Panas dan Lembap?
Ya. Direka untuk kegunaan harian, AULORA Apparel dengan Teknologi KODENSHI® direka khas untuk memberikan keselesaan dalam cuaca panas dan lembap. Diperbuat dari gabungan fabrik nilon dan poliuretana yang lembut serta anjal, AULORA Apparel seperti AULORA Pants dan AULORA Boxers memberikan fleksibiliti, keselesaan, dan kebebasan bergerak untuk kegunaan harian. Fabrik nya yang mempunyai aliran udara yang baik serta membantu mengurus kelembapan membuatkan anda kekal segar dan selesa sepanjang hari.
Fikir Untuk Ubah Rutin Pakaian Harian Anda
Menjaga kesejahteraan diri tidak semestinya bermula dengan perubahan yang besar. Dengan menjadikan AULORA Boxers dan AULORA Pants sebagai sebahagian daripada rutin harian, anda dapat menyokong peredaran, keselesaan dan kesejahteraan tubuh secara menyeluruh. Mulakan perubahan hari ini.
Penafian: Kesihatan anda adalah aset yang paling berharga. Biarpun kami berbangga dengan kecemerlangan dan kualiti AULORA, BElixz, BEYUL dan BEYANG, maklumat yang kami kongsikan ini bertujuan untuk menyokong perjalanan kesejahteraan anda dan bukan untuk menggantikan nasihat perubatan. Produk kami direka untuk menyokong kesihatan secara umum dan tidak bertujuan untuk merawat sebarang penyakit atau masalah kesihatan tertentu. Sila dapatkan nasihat daripada pakar kesihatan profesional untuk menentukan bagaimana penyelesaian kami dapat disesuaikan dengan keperluan individu anda.
Rujukan:
- Data dan ujian klinikal Profesor Shimizu dijalankan di Osaka Prefecture University
- Fraile-Martínez, Óscar et al. “Understanding the Secular Decline in Testosterone: Mechanisms, Consequences, and Clinical Perspectives.” International Journal of Molecular Sciences vol. 27,2 692. 9 Jan. 2026