BEYANG Caffe

– 15s
Huraian Produk

BEYANG Caffe dirumuskan dengan campuran bijian kopi Arabica dan Robusta yang sempurna untuk menawarkan profil rasa kopi yang menakjubkan. Dengan penambahan Yis B-Komplex yang berkhasiat dan Ekstrak Alpinia galanga (enXtra) yang dipatenkan
, BEYANG Caffe membantu anda kekal bertenaga dan fokus sepanjang hari!

Harga
Kod
RP RM41.00
D0300001

Minuman Kopi Aromatik Dan Lazat Yang Tidak Dapat Ditandingi!

Penambahan Vitamin B Kompleks semula jadi & Ekstrak Alpinia galanga (enXtra) yang dipatenkan

Setiap teguk adalah rasa semulajadi yang lazat

Kurang manis dengan gula perang

Rasa nota aromatik dan manis yang seimbang dari biji Arabica dengan nota pahit dan kacang dari biji Robusta

Jaminan Kualiti Produk yang Cemerlang

NIKMATI BEYANG CAFFE DENGAN KEPELBAGAIAN RESIPI INI

BEYANG Caffe Panas

  1. Tuangkan 1 paket BEYANG Caffe ke dalam cawan.
  2. Tambahkan 200 ml air panas (Disarankan menggunakan 200 ml atau disesuaikan mengikut citarasa & kegemaran individu.)
  3. Kacau rata dan hidangkannya.

BEYANG Caffe Ais

  1. Tuangkan 1 paket BEYANG Caffe ke dalam cawan.
  2. Tambahkan 150 ml air panas.
  3. Kacau rata dan tambahkan beberapa ketul ais.
  4. Hidangkannya.

BEYANG Caffe Ais Kisaran

  1. Tuangkan 1 paket BEYANG Caffe ke dalam cawan.
  2. Tambahkan 150 ml air panas dan kacau rata.
  3. Tuangkan campuran ke dalam pengisar dan masukkan beberapa ketulan ais serta kisar rata.
  4. Tuangkan ke dalam cawan, tambahkan krim putar dan hidangkannya.

Resipi Biskut Caffe Cip Coklat

Bahan-bahan

Langkah 01

Pukul mentega, gula halus, gula perang, BEYANG Caffe bersama-sama. Masukkan minyak dan telur, terus kacau. (Tambahkan perasa vanila jika dikehendaki)

Langkah 02

Ayak tepung gandum, tepung jagung, serbuk penaik, soda penaik dan garam. Terus gaulkan hingga sebati.

Langkah 03

Masukkan cip coklat dan badam.

Langkah 04

Rehatkan doh di dalam peti sejuk semalaman.

Langkah 05

Letakkan doh biskut ke atas dulang pembakar pada ukuran yang dikehendaki.

Langkah 06

Bakar pada suhu 150°C selama 20 ~ 25 min.

Langkah 07

Sejukkan di atas rak.