Biasiswa BE Foundation (Yayasan BE): Sokongan Pembiayaan Pendidikan untuk Pelajar Malaysia

Dilancarkan pada tahun 2026, Biasiswa BE Foundation (Yayasan BE) menjadi pemacu kepada pelajar Malaysia untuk mengatasi kekangan kewangan dan melakar laluan ke arah kerjaya yang lebih bermakna. Inisiatif ini merupakan teras Pendidikan dan Pembangunan Belia kami, dengan komitmen untuk menyediakan sokongan menyeluruh agar generasi masa depan dapat berkembang, bersaing dan menyerlah dengan penuh keyakinan.

Kami percaya, latar belakang bukanlah penentu asas kejayaan. Prinsip ini diterjemahkan melalui empat teras fokus kami. Selain memperkasa pendidikan, kami turut memberi tumpuan kepada kesejahteraan melalui Kesihatan dan Kesejahteraan, menyalurkan bantuan kepada komuniti melalui Sokongan Komuniti, serta memelihara alam sekitar menerusi inisiatif Kelestarian Alam Sekitar. Kami menyokong usaha pelajar yang mempunyai visi dan keazaman, membantu mereka mengubah potensi menjadi pencapaian profesional. Matlamat kami adalah membentuk barisan bakat tempatan yang mampu bersaing di peringkat global, selari dengan aspirasi kami untuk melangkah lebih berani dan berfikiran global.

Sokongan Kewangan untuk Merealisasikan Impian Pendidikan Anda

Biasiswa BE Foundation (Yayasan BE) diwujudkan untuk individu yang sentiasa mahu melangkah lebih jauh. Jika anda seorang yang dahagakan ilmu, berani mencabar diri dan bersedia memimpin, inilah peluang untuk anda menyerlah.

Kami memahami bahawa perjalanan ke menara gading bukanlah mudah. Kos pengajian yang tinggi sering menjadi halangan utama. Atas sebab itu, biasiswa ini diwujudkan bagi meringankan beban kewangan, supaya anda dapat memberi fokus sepenuhnya kepada prestasi dan perkembangan diri. Apabila halangan kewangan diketepikan, potensi sebenar dapat dizahirkan. Kami komited untuk melahirkan bakat tempatan yang bukan sahaja cemerlang, tetapi juga bersedia untuk bersaing dan mencipta impak di peringkat global.

Kerjasama Strategik Bersama Universiti Malaya (UM)

Melalui kerjasama bersama Universiti Malaya (UM), biasiswa ini diperkukuh dengan asas akademik yang diyakini dan dihormati. Ia bukan sekadar gabungan dua pihak, tetapi satu usaha bersama untuk membentuk generasi profesional yang mampu berdiri di pentas global.

Peluang ini dibuka kepada pelajar cemerlang dalam bidang Sains, Perniagaan dan Ekonomi. Namun, apa yang ditawarkan bukan hanya sokongan kewangan. Anda akan melalui satu perjalanan pembangunan yang jelas, membantu anda berkembang, mengasah potensi dan mencapai tahap terbaik dalam bidang pilihan. Kami percaya, bakat yang diasah dengan betul mampu membawa perubahan besar. Justeru, fokus kami adalah melahirkan individu yang bukan sahaja berilmu, tetapi juga berdaya saing, berwibawa dan bersedia mencorak masa depan ekonomi negara dalam landskap global yang semakin dinamik.

Inilah Masa untuk Anda Bangkit Sekarang

Segalanya bermula di sini. Saat di mana usaha, impian dan keberanian anda menemukan arah yang sebenar. Biasiswa BE Foundation (Yayasan BE) bukan sekadar peluang melanjutkan pengajian. Ia adalah ruang untuk anda membina masa depan dengan tujuan yang jelas dan impak yang lebih besar. Kami mencari mereka yang berani mencuba, tidak mudah puas, dan sentiasa mahu menjadi lebih baik daripada semalam.

Jika anda bersedia untuk melangkah lebih jauh, inilah masanya. Terokai pilihan bidang di fakulti terkemuka Universiti Malaya (UM) dan mulakan perjalanan anda ke tahap seterusnya.

Untuk mengetahui bidang pengajian yang ditawarkan serta syarat permohonan, sila hubungi:

  • Fakulti Sains
  • Fakulti Perniagaan dan Ekonomi

Masa depan bukan untuk ditunggu. Masa depan adalah milik mereka yang berani mencipta.