BE Biz - Anugerah & Ganjaran
Anugerah & Ganjaran
Di Sinilah Setiap Pencapaian Membina Legasi
Kejayaan yang Meninggalkan Impak
Di BE International, kejayaan tidak dinilai hanya kepada pencapaian sementara. Bagi kami, kejayaan sebenar lahir daripada impak yang diberikan, kepimpinan yang dibina, dan legasi yang ditinggalkan.
Anugrah & Ganjaran diwujudkan bagi menghargai mereka yang menunjukkan komitmen berterusan, disiplin yang tinggi serta konsistensi dan keupayaan untuk membimbing dan membina orang lain bersama.
Di sinilah ruang di mana usaha yang konsisten bertukar menjadi pencapaian bermakna; di mana kepimpinan membina pengaruh yang positif; dan di mana kejayaan membawa nilai yang melangkaui ganjaran kewangan. Ia bukan tentang kedudukan semata-mata, tetapi tentang perjalanan yang anda bina serta kehidupan yang anda sentuh sepanjang perjalanan tersebut.

Membina Kekayaan Melalui Kepimpinan
Mencapai pangkat Royal Crown Council Ambassador (RCCA) merupakan satu detik penting yang mampu mengubah kehidupan. Gelaran ini mencerminkan perjalanan penuh liku yang dibina atas disiplin, kematangan kepimpinan serta keyakinan teguh terhadap sistem BE. Pada peringkat ini, ramai pemimpin telah berjaya membina kekayaan melalui pendapatan yang stabil dan pertumbuhan jangka panjang.
Sehingga hari ini, BE International berjaya melahirkan lebih daripada 70 orang RCCA, di mana setiap seorang membawa kisah usaha gigih, ketabahan dan tujuan yang jelas. Mereka bukan kes terpencil, tetapi bukti bahawa kejayaan luar biasa mampu dicapai apabila individu biasa berani melangkah ke dalam perjalanan luar biasa. Dengan rangkaian perniagaan yang terus berkembang, lebih ramai bakal mengikuti jejak langkah ini.

Prestij Melangkaui Nilai Pendapatan
Di sebalik kejayaan kewangan, terdapat satu bentuk pengiktirafan yang lebih tinggi nilainya. Pemimpin yang berjaya mengembangkan pengaruh mereka ke peringkat antarabangsa boleh dinobatkan sebagai Global Ambassador (GA) — satu pengiktirafan istimewa yang hadir dengan pelbagai keistimewaan eksklusif, termasuk perjalanan insentif Kelas Perniagaan sebagai tanda penghargaan BE terhadap kepimpinan bertaraf global.
Di peringkat tertinggi pula ialah gelaran Imperial Global Ambassador (IGA) — penghormatan berprestij dalam BE International. Status istimewa ini diberikan kepada pemimpin yang memainkan peranan penting dalam membentuk masa depan organisasi merentasi pelbagai pasaran. Ia mencerminkan prestij, penghormatan dan legasi yang mampu diwarisi dari satu generasi ke generasi berikutnya.

Seperti Mimpi Menjadi Realiti — Budaya yang Membina Insan melalui Dana Kereta & Dana Rumah
Sebagai sebahagian daripada 9 Manfaat BE, mereka yang terbukti menunjukkan komitmen berterusan dan keupayaan memimpin berpeluang layak menikmati Dana Kereta (CF) dan Dana Rumah (HF), satu bentuk ganjaran yang menyokong pencapaian penting dalam kehidupan.
Manfaat ini bukan sekadar pengiktirafan. Ia membantu para penerima memiliki kereta impian dan kediaman idaman mereka, menjadikan harapan jangka panjang bertukar menjadi realiti. Yang lebih penting, ganjaran ini tidak datang bergolek, ia diperoleh melalui usaha, disiplin dan kerjasama pasukan yang konsisten.
Di BE, bonus tidak dilihat sebagai angka semata-mata. Ia merupakan sokongan yang meningkatkan kualiti hidup, memberi kestabilan kewangan, serta mengiktiraf bahawa usaha yang bersungguh-sungguh akhirnya menghasilkan kejayaan.

Melangkaui Kejayaan:
Peringkat Pencapaian Tertinggi BEBEyond Success:
The Highest Stages of BE Achievemen

IMPERIAL GLOBAL AMBASSADOR

GLOBAL AMBASSADOR

ROYAL CROWN COUNCIL AMBASSADOR

CROWN COUNCIL
AMBASSADOR

SENIOR CROWN
AMBASSADOR

DOUBLE CROWN
AMBASSADOR

AMBASSADOR

SAPPHIRE
AMBASSADOR

RUBY COUNCIL
AMBASSADOR

EMERALD COUNCIL
AMBASSADOR

DIAMOND COUNCIL
AMBASSADOR

Anda Juga Mampu Menjadi Yang Seterusnya
Kejayaan ini bukan hanya untuk segelintir individu sahaja. Setiap RCCA, GA dan IGA suatu ketika dahulu bermula dari titik permulaan yang sama, mempelajari sistem, menerima bimbingan, dan berkembang secara berperingkat. Dengan keyakinan terhadap perjalanan ini, tindakan yang konsisten serta tunjuk ajar yang betul, laluan kejayaan sentiasa terbuka.
Di BE, kejayaan tidak dinilai melalui pendapatan semata-mata. Kejayaan sebenar diiktiraf melalui ganjaran yang benar-benar memberi makna termasuk Dana Kereta dan Dana Rumah yang membantu menjadikan usaha jangka panjang sebagai pencapaian nyata dalam kehidupan. Di sinilah legasi dibina, dan perjalanan anda boleh bermula hari ini.