Mengenai BE
BE International:
Syarikat Peneraju Jualan
Langsung di Malaysia

BE International berdiri teguh sebagai antara syarikat jualan langsung terulung di Malaysia, komited untuk memberikan kualiti unggul dan penyelesaian kesejahteraan inovatif yang mengubah kehidupan, memberi manfaat berpanjangan, serta menyokong masa depan yang mampan.

Pengasas kami percaya bahawa kejayaan yang luar biasa bermula dengan hubungan yang tulus dan komitmen untuk menjadikan dunia tempat yang lebih baik. Di BE, kami melakukan lebih daripada sekadar menawarkan produk, kami membuka jalan kepada pelbagai kemungkinan, memberi inspirasi untuk berubah, dan membantu orang ramai mencapai impian yang Menjangkaui Kehidupan Abada (Beyond Eternity).

Mengenai BE
Falsafah Pengasas

Di BE International, kami berpegang teguh bahawa kejayaan mencapai makna sebenar apabila ia memperkasakan orang lain untuk turut berjaya.

Sejak penubuhan kami pada tahun 2017, prinsip ini menjadi nadi perjuangan kami sebagai sebuah syarikat jualan langsung yang berdedikasi untuk mempromosikan kesejahteraan holistik dan keusahawanan mampan.

Berteraskan kepercayaan, inovasi, dan integriti, kami berusaha mencipta peluang yang memacu pertumbuhan, meningkatkan kesejahteraan, dan membina kemakmuran jangka panjang bagi pemilik perniagaan bebas serta komuniti kami.

Bersama-sama, kita mencipta impak dan membina sebuah warisan yang kekal abadi.

Visi Kami

Kami berusaha mencipta kesejahteraan dalam setiap cara untuk semua orang.

Misi Kami

Kami berusaha untuk menjadi nama yang dikenali dalam industri pemasaran langsung yang terkenal dengan usaha yang memberi ganjaran, menegakkan maruah manusia dan memberi kesan positif dan mampan kepada masyarakat.

Nilai Kami

B - BOLDNESS (KEBERANIAN)
E - EXCELLENCE (KECEMERLANGAN)
I - INNOVATION (INOVASI)

BOLDNESS (KEBERANIAN)
Berani mengambil risiko, komited sepenuhnya, dan bertindak secara inovatif

EXCELLENCE (KECEMERLANGAN)
Sentiasa meletakkan piawaian tertinggi dalam setiap perkara yang kami lakukan

INNOVATION (INOVASI)
Menterjemahkan idea baharu, imaginasi, dan pemikiran kreatif kepada tindakan

Profil Korporat