Back to All BLOG POSTS

Bagaimana untuk Menyokong Paras Gula Darah yang Sihat: 5 Tabiat Harian untuk Seisi Keluarga

Sedang dimuatkan...

Penyakit diabetes semakin lazim di Asia, namun pra-diabetes tiada gejala. Ketahui 5 tabiat harian bagi mengekalkan gula dalam darah yang sihat serta menyokong pencernaan seisi keluarga.

 

 

Makanan yang membangkitkan selera mengelilingi kita setiap hari. Sama ada sepotong kek hari jadi, secawan teh boba atau hidangan kegemaran keluarga, makanan sememangnya membawa kebahagiaan. Namun, di sebalik kelazatan tersebut, tubuh kita sebenarnya sedang bekerja keras memproses makanan menjadi tenaga. 

Setiap November, Hari Diabetes Sedunia mengingatkan kita tentang pentingnya menjaga paras gula dalam darah. Perkara ini bukan hanya membimbangkan golongan dewasa, malah penting bagi seluruh ahli keluarga. Ia tidak bermaksud kita perlu mengamalkan pemakanan yang terlalu ketat atau menghindari makanan kegemaran. Ia tentang membantu tubuh setiap ahli keluarga menukarkan makanan kepada tenaga secara konsisten. 

 

Sejauh Manakah Penyakit Diabetes di Malaysia, Brunei, Singapura, dan Hong Kong?

Diabetes merupakan antara penyebab utama penyakit kronik dan kematian di Asia Tenggara dan Asia Timur (Pertubuhan Kesihatan Dunia, 2024). Penyakit ini menjejaskan pelbagai lapisan umur di keempat-empat negara ini, dan ramai tidak menyedari bahawa mereka menghidapnya. 

Peratusan dewasa penghidap diabetes: 

Negara

Peratusan dewasa penghidap diabetes

Tahun Data Diambil

Malaysia

15.6%

2023

Brunei

15.0%

2023

Singapura

9.1%

2023 - 2024

Hong Kong

8.2%

2024

 

Diabetes bukan hanya membimbangkan golongan dewasa. Semakin ramai golongan muda terjejas, menjadikan amalan gaya hidup sihat dan kesedaran tentang kepentingan diabetes sejak usia muda. 

  • Di seluruh dunia, dianggarkan seramai 1.8 juta kanak-kanak dan remaja hidup dengan diabetes jenis 1 dengan sekitar 222,000 kes baharu dikesan setiap tahun (IDP Atlas, 2025). 
  • Diabetes jenis 2, yang dahulunya lebih sering dikaitkan dengan golongan dewasa, kini turut didiagnosis dalam kalangan golongan muda tempatan seawal usia 14 tahun (New Straits Times, 2026).
  • Di Malaysia, sebanyak 28% kanak-kanak dan remaja mengalami berat badan berlebihan atau obesiti, sekali gus meningkatkan risiko menghidap diabetes jenis 2 (The Star, 2026).

 

Pra-Diabetes: Fasa Amaran Tanpa Gejala yang Jelas

Pra-diabetes ialah amaran apabila paras gula dalam darah lebih tinggi daripada paras normal tetapi belum mencapai tahap diabetes. Individu yang berada pada fasa ini berisiko tinggi untuk mendapat diabetes jenis 2, namun mereka mungkin berasa sihat sepenuhnya tanpa menunjukkan sebarang gejala ketara. 

Diabetes jenis 2 meningkatkan risiko penyakit jantung, strok dan komplikasi kesihatan yang lain. Oleh kerana diabetes pada peringkat awal selalunya tidak menunjukkan gejala yang jelas, ia kerap diabaikan. Ia merupakan isu kesihatan global yang utama dan berada di kedudukan kelapan antara penyebab utama kematian di seluruh dunia. Di Malaysia dan Brunei, diabetes berada di kedudukan ketiga (WHO, 2024). 

Mengetahui paras gula dalam darah adalah amat penting. Pemeriksaan kesihatan secara berkala dapat mengesan tanda amaran lebih awal dan mengetahui langkah yang sesuai untuk penjagaan kesihatan. 

 

Bagaimanakah Metabolisme dan Paras Gula Darah Bekerjasama?

Bayangkan metabolisme sebagai enjin tubuh anda. Setiap kali selepas makan, enjin ini bertindak menukarkan makanan kepada gula untuk dijadikan sumber tenaga. 

Apabila enjin berfungsi dengan lancar, tubuh mengendalikan gula dengan cekap lalu memberikan anda tenaga yang stabil sepanjang hari. Sebaliknya, jika metabolisme mula menjadi perlahan:

  • Tubuh menjadi kurang cekap menukarkan nutrien kepada tenaga harian. 
  • Bahan bakar tidak digunakan secara optimum, menyebabkan paras tenaga naik dan turun dengan mendadak. 
  • Anda mungkin kerap berasa letih, mengalami kemerosotan tenaga, dan menjadi lesu.

Menyokong metabolisme setiap hari membantu tubuh anda berfungsi dengan baik. 

 

5 Tabiat Harian untuk Kesejahteraan Metabolisme

 

 

Langkah kecil yang diamalkan secara konsisten mampu mengekalkan kestabilan gula dalam darah. Berikut adalah 5 tabiat yang boleh anda mula amalkan:


1. Pilih Makanan Indeks Glisemik (GI) Rendah

Pilih makanan berasaskan bijirin penuh, kekacang, dan sayur-sayuran berdaun hijau. Makanan indeks glisemik (GI) rendah dicerna secara perlahan, sekali gus membekalkan tenaga yang lebih stabil tanpa menyebabkan lonjakan gula yang mendadak.


2. Amalkan Jadual Waktu Makan yang Teratur

Makan mengikut jadual dapat mengelakkan rasa lapar yang melampau, makan berlebihan, dan lonjakan gula dalam darah secara mendadak yang sering membuatkan anda rasa mengantuk selepas makan.


3. Kekal Aktif Setiap Hari

Aktiviti fizikal secara berkala menyokong metabolisme yang sihat dan membantu tubuh menggunakan glukosa sebagai tenaga. Berjalan kaki setiap hari, menggunakan tangga, bermain bersama anak-anak atau melakukan senaman ringkas seisi keluarga merupakan antara cara mudah untuk kekal aktif.


4. Kawal Tekanan Harian

Ketika tertekan, tubuh melepaskan hormon seperti kortisol dan adrenalin. Hormon ini boleh merangsang hati mengalirkan simpanan gula ke dalam darah walaupun anda tidak makan. Senaman berkala, tidur yang mencukupi, dan aktiviti relaksasi dapat membantu mengurus tekanan dengan lebih baik.


5. Sokong Pencernaan dan Metabolisme Anda yang Sihat

Enzim merupakan pemangkin semula jadi yang memecahkan makanan kepada nutrien kecil untuk diserap oleh tubuh. Pencernaan yang baik menjadikan perut rasa lebih selesa selepas makan. Pemecahan nutrien yang sempurna membolehkan tubuh memproses makanan dengan lebih cekap untuk menghasilkan tenaga bagi menyokong metabolisme yang sihat. Apabila pencernaan berfungsi dengan lancar, penukaran makanan kepada tenaga berlaku secara cekap sekali gus memudahkan pemeliharaan kesihatan harian.

 

Bagaimanakah BElixz ZENCOSO CHEWABLE BALL Menyokong Pencernaan, Fungsi Enzim dan Metabolisme?

Pencernaan adalah penting bagi kesejahteraan harian. Seiring peningkatan usia, penghasilan enzim semula jadi dalam badan boleh merosot dan ramai yang memilih untuk mengamalkan suplemen sokongan pencernaan harian sebagai pelengkap kepada amalan gaya hidup sihat. 

Di sinilah BElixz ZENCOSO CHEWABLE BALL memainkan peranan:

  • 98 bahan berasaskan tumbuhan : Campuran buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin, dan tumbuhan botani dari Jepun dan Brazil. 
  • Penapaian Semula Jadi Selama 8 tahun: Dihasilkan menggunakan  teknologi penapaian semula jadi Jepun. 
  • Molekul Saiz Mikro: Direka untuk membantu tubuh menyerap nutrien dengan lebih mudah serta menyokong fungsi enzim.   
  • Koenzim dan kofaktor: Bahan semula jadi yang membantu enzim menjalankan peranannya dalam proses pencernaan dan metabolisme. 
  • Buatan Jepun dan Pengiktirafan HALAL: Dihasilkan di fasiliti yang diperakui GMP dan mendapat pensijilan HALAL daripada Nippon Asia HALAL Association.  

Saranan Pengambilan: Ambil 8 biji gula-gula kunyah sekali sehari, sebelum atau selepas makan, diiringi dengan pemakanan seimbang dan gaya hidup aktif. 

 

Manfaat Utama BElixz ZENCOSO CHEWABLE BALL

Manfaat 

Penerangan

Menyokong fungsi enzim 

Molekul bersaiz mikro membantu penyerapan nutrien dan menyokong proses enzim semula jadi tubuh. 

Menyokong metabolisme

Fermentasi semula jadi selama 8 tahun bersama koenzim dan kofaktor yang menyokong proses metabolik berasaskan fungsi normal tubuh.

Menyokong kesihatan pencernaan 

Bertindak sebagai pemangkin enzim untuk menggalakkan fungsi usus dan pencernaan yang sihat. 

 

Sempena Hari Diabetes Sedunia, jadualkan pemeriksaan kesihatan, mulakan satu tabiat sihat yang baru dan jemput ahli keluarga untuk mengamalkannya bersama. Terokai BElixz ZENCOSO CHEWABLE BALL hari ini!

 

Soalan Lazim (FAQ)

  1. Apakah pra-diabetes?
    Pra-diabetes ialah fasa amaran di mana paras gula dalam darah lebih tinggi daripada julat normal tetapi belum mencapai tahap diagnosis diabetes. Oleh kerana ia tiada gejala khusus, ujian pemeriksaan kesihatan rutin ialah langkah terbaik untuk mengetahuinya. 
  2. Mengapakah saya memerlukan BElixz ZENCOSO CHEWABLE BALL?
    Tubuh kita memerlukan enzim untuk mencerna makanan menjadi tenaga dan nutrien, namun penghasilan enzim merosot mengikut umur. BElixz ZENCOSO CHEWABLE BALL diperbuat daripada 98 bahan tumbuhan yang difermentasi secara semula jadi selama 8 tahun bagi menyokong pencernaan, penyerapan nutrien, dan metabolisme yang sihat apabila digabungkan bersama pemakanan seimbang dan gaya hidup aktif.
  3. Bagaimanakah cara dan waktu pengambilan yang disyorkan?
    Ambil 8 biji sehari. Pengambilan sebelum makan adalah paling ideal, namun jika terlupa, anda masih boleh mengambilnya selepas makan.Tidak perlu disimpan di dalam peti sejuk. Simpan di tempat yang dingin dan kering serta terhindar daripada cahaya matahari. 
  4. Adakah BElixz ZENCOSO CHEWABLE BALL mempunyai sijil HALAL dan memenuhi piawaian kualiti?
    Ya. Produk ini dihasilkan dari Jepun di fasiliti yang diperakui GMP dan mendapat kelulusan daripada Japan Health and Nutrition Food Association (JHNFA). Produk ini juga diperakui HALAL oleh Nippon Asia HALAL Association, yang diiktiraf oleh JAKIM.

 

Penafian: Kesihatan anda adalah aset yang paling berharga. Biarpun kami berbangga dengan kecemerlangan kualiti AULORA, BElixz, BEYUL, dan BEYANG, maklumat yang kami kongsikan ini bertujuan untuk menyokong perjalanan kesejahteraan anda, dan bukannya untuk menggantikan nasihat perubatan. Produk kami direka untuk menyokong kesihatan secara umum dan tidak bertujuan untuk merawat sebarang penyakit atau keadaan kesihatan yang khusus. Sila dapatkan nasihat daripada pakar kesihatan profesional untuk menentukan bagaimana penyelesaian kami dapat disesuaikan dengan keperluan individu anda. 

Rujukan:

  1. Institute for Public Health. National Health and Morbidity Survey (NHMS) 2023: Non-Communicable Diseases. Ministry of Health Malaysia, 2024.
  2. Mohamad Al As, and Ahmad Mukhsein Mukhtar. “Dzulkefly: Type 2 Diabetes Now Affects Malaysians as Young as 14.” New Straits Times, 16 July 2026
  3. International Diabetes Federation. “Hong Kong.” International Diabetes Federation, 2024
  4. International Diabetes Federation. IDF Diabetes Atlas. 11th ed., International Diabetes Federation, 2025.
  5. Ministry of Health Brunei Darussalam. National NCD Prevention and Control Statistics. MOH Brunei, 2023.
  6. Ministry of Health Singapore. National Population Health Survey 2023–2024 Report. MOH Singapore, 2024.
  7. Ramendran, Charles. "A Growing Worry Among Children." The Star, 20 Sept. 2026.
  8. World Health Organization. Global Health Estimates: Deaths by Cause. WHO, 2024.